Sunday, 26 January 2014

Pavlova & Snowy Peach for Birthday "Abah"

Assalamualaikum.....salam ahad untuk semua yang masih sudi singgah di sini. Moga ceria dan gembira selalu mengiringi kehidupan anda semua. Kali ni entry untuk yang bernama "Abah" hehehe.... so sesape yang rasa dia seorang "Abah" boleh lah tumpang tengok.... kalu nak merasa sila lah order ya.... Peace.....

 
Pavlova ni ai buat untuk hubby ai sempena birthday dia awal bulan ari tu. Yang ni dia bawa untuk jamu member2 dia kat office. Beruntung lah sape2 yang kerja dengan hubby ai ni, selalu dapat makan free...hehehe. 


Yang ni laks ai buat masa sambut birthday ayah ai ari tu. pucat jer kan bila tak ada kaler hitam anggur tu. Tapi tetap licin.....yum...yum....


Ini lak kawan hubby ai order untuk sambut birthday dia. Ni semua penangan sebab makan free ari tu.... terus order untuk makan2 ngan family dia plok. En. Zaki order 40 pcs Pavlova dan sebiji Snowy Peach. Triffle tu ai bagi as buah tangan untuk birthday dia.....



Snowy Peach untuk Birthday "Abah"...... anak2 panggil abah so....jadilah kek abah hehehe.... 1st time order ngan ai dan komen nya....."wah..... macam kat kedai jer..... " hehehe...memang lah sama ngan kedai gak cuma ai ni buat kat rumah jer. Belajar or menuntut ilmu tu sudah semestinya.... buat kek kat rumah pun mesti kena ada ilmu ya....


Rupa sisi kek.... kek ni tak de lah licin lesuh permukaan nya ya... sebab fresh cream ni di campur ngan milky custard cream lak yang menjadikannya lebih marbeles. waaahhhhh....g2. Setiap layer ni ai tabur ngan peach cincang dan kalu ikut tok guru memang tak der nya peach setiap layer...


Itulah dia kek untuk birthday "Abah".... yang pasti bukan abah ai ya....ni "Abah" orang lain hehehe.... moga panjang umur murah rezeki untuk En. Zaki dan keluarga....Amin.....

Wednesday, 22 January 2014

Triffle untuk Hantaran dan Aqiqah

As Salam..... bersiaran lagi kita hari ni. Mai kita pakat tengok Triffle lak. So nanti sesape yang teringin nak memakannya boleh lah order ngan ai ya. Tapi jangan hari ni oder esok nak.... fengsan akak..... Place ur order 2-3 hari before uolls nak ngap. Bagi saya nyawa dulu....hehehe...




Triffle ni adik ai tempah untuk kawannya sebagai hantaran.... tapi tak ingat kawin ke tunang hehehe....kebetulan ada lebihan kek coklat moist so ai potong kecik2 siram ganache and tabur lah apa2 manik yg ada sebagai buah tangan. 

2 bekas ni untuk majlis aqiqah Adelia Amanee aka anak sedara ai. Ni mak nya yang tempah 2 bekas sebab yg dulu tak cukup..... ini gambaran sebelum letak topping fresh cream and badam.

Yang ni dah siap topping dan tabur badam banyak2.....kasi lebih kaw...kaw...g2. Ai memang suka badam banyak2 campur ngan fresh cream dan makan sejuk2.....ahhhhh.....marbeleslicious....hehehe tergeliat lidoh nok sebut.



Yang ni bukan apa....nak kasi nampak dia punya layer tu jer... biasa orang buat triffle ni mesti guna bekas atau mangkuk yang transparent g2.... wahhh....nampak layer bawah tu kek swiss roll pas tu kastad dan buah2 campuran pas tu stoberi jelly dan ai saje letak peach atas jelly (anak beranak pya...) lebih buah ckit pun tak per....pssttt....kita cas lebih lah ya tak?

Atas jelly tu baru ai pipe fresh cream dan tabur ngan badam. Kalau kat kedai biasa jangan harap uolls leh cari yg ada cream n badam tu kan.....betul tak? so kalau terasa nak makan versi USK sila call ai ya.... harga untuk satu bekas mcm yg atas sekali tu...RM35 (masih harga lama nih). Banyak harga yang akan ai update nanti sebab banyak sangat harga barang dah naik....cuma kangkung jer yg turun tapi kue ai tak guna kangkung. Opsss....terlebih sudah.....

Tuesday, 21 January 2014

"Cow Head Cake" untuk Birthday Kami?????....ohh...my....

Assalamualaikum.... salam ceria untuk semua. Apa khabar anda di sana.... ai di sini sihat2 saja hehehee..... versi surat menyurat. Teringat zaman dolu2 kan... mesti ada yg tersengih2 tu hik...hik..hik.... Tengok tajuk rasa macam peliiiikkkk jer...... macam tak ca...yaaaaa jer..... tapi memang betul lah tu. Kek Kepala lembu untuk birthday kitorang. Birthday ayah ai, hubby n ai ler...


Kenapa kepala lembu? nak tahu jugak ker? hehehe...saje jer buat untuk ayah ai. Dia ni sebenarnya tukang sembelih lembu sejak kami kecik2 lagi sampailah sekarang. Agak2 uolls kami ni boring tak asyik makan daging lembu jer kan. Sebenarnya kami pun jarang2 jugak masak daging ni. Kadang2 buat sup tulang bila ramai adik2 balik kg. Sup Tulang yang mak ai masak memang terbaik.....hehee...


Act, dah tak tahu nak buat kek tema apa. Pikir punya pikir tiba2.... Toing!!! Kepala lembu terlintas di otak ai nih hahaha..... nak buat macam mana kan...dah dia terkeluar time tu.... kita buat jer lah kepala lembu ni khas untuk ayah ai. Di sebabkan birthday kami bertiga ni dekat2 jer g2 tarikhnya so ai buat sekali harung lah.... jimat belanja kan.



Lembu ni pun ada kawan jugak... tu dia cik siput bedah dan en gajah jumbo junior serta anak2 lembu yg montel g2. Kek Butter sponge pandan dan kepala lembu tu kek coklat moist dan topping fresh cream....yumies...yummies...

 
Tu dia orang yang sambut birthday...... yang bawah tu Atuk (ayah ai) bersama 3 cucu nya... Yang lain2 entah ke mana menghilang..... ada yg duk jauh tu sila lah tengok saja ya.....Peace....


Monday, 20 January 2014

Publish semua order 2013.....

Assalamualaikum..... selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014.... walaupun dah hampir sebulan 2014 menjelma tapi ai masih lagi belum habis update order2 untuk 2013. Apa2 pun ai bagi pihak Ummisarahkitchen mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada yang sentiasa menyokong kami dengan order2 anda yang meletops2 itu.... semoga tahun baru ini kami dapat memberikan servis yang lebih melatops pada anda semua hehehe.....

Kali ni ai habiskan order yg telah dibereskan untuk akhir bulan december lepas dan juga order pada awal bulan januari ni....... ai gabungkan sekali sebab banyak order yang sama. Nanti jemu laks uolls hari2 menatap gambo dan kue yang sama jer.... macam jemu.....jer, macam muak.....jer. hahha....


 Order dari Pn. Suhaila... Muffin Coklat Pisang (versi bakar) 50 pcs dan juga Talam Chendol.

Pn. Suhaila jugak....repeat order mekasih..... Talam Roti Coklat Strawberry dan Talam Chendol untuk majlis aqikah anaknya.


Talam Roti coklat strawberry dan Talam Keladi order dari Cikgu Norhaslinda dr Sek Men Kerteh.


Ini lak Order dari Cikgu Syafa dari Sek Ren Al Amin.... Talam Keladi 2 pcs dan Talam Roti Vanilla tu untuk diri sendiri heheeee..... kebetulan buat Talam ni... ai bagi lah kat Sedara ai yang nak balik ke Melaka ari tu. Boleh lah merasa jugak orang jauh kan? tak de lah tengok gambo jer....

Kek Kastad Chiffon untuk adik ipar kakak ai... sebagai buah tangan untuk anak2 sedaranya kat kuantan.

Pada semua.....terima kasih banyak2 dan kalau ada apa2 komen atau sebarang pertanyaan boleh contact air terus (no phone ada kat atas sebelah kanan tu) or boleh pergi ke fb page ai Dapur Ummi Sarah kat page ai ni ada offer tertentu untuk RV mini dan juga Cheese Leleh.


Thursday, 26 December 2013

Wedding Cake Pink & Purple Theme

Assalamualaikum..... bertemu lagi kita di sini ya. Macamana semua sihat tak? Harap2 semuanya dalam situasi yang mengembirakan...... apatah lagi sekarang mesti tengah sibuk2 buat persiapan untuk anak2 yang bakal ke sekolah nanti. Ai pun sibuk gak jahit baju kurung Miss 7 yang akan bersekolah nanti. Beg dan kasut dah beli... selagi tak beli selagi tu lah dia duk bising kat telinga ai nih. Tapi bila dah beli hari2 dia pakai kasut tu kat dalam rumah....hiks...hiks...hiks... mesti anak2 uols pun macam ni kan?


Kali ni entry untuk wedding cake 2 tier tema pink & purple. Tempahan dari Sue sempena perkahwinannya yang lepas. Sue suruh deko ikut suka hati ai jer.... yg penting ikut tema hehehe...


Sebenarnya Sue order untuk Hantaran sekali...so yg ada nama tu untuk hantaran. 





Coklat Moist Cake with Blueberry & Buttercream filling. Yang ni 8" untuk bahagian atas. Berat +-1.9kg
 
 Bahagian bawah 10" petak. Berat +- 3.4kg. 


Untuk Hantaran 9" berat +-2.2kg. Coklat Moist + Blueberry n buttercream filling and topping


Terima kasih Sue kerna memilih USK bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Sue.... USK mengucapkan Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga..... moga kekal until Jannah.


Saturday, 21 December 2013

Red Velvet Hantaran Tunang dan Cheese Leleh

As-salam..... waahhh...rajin lak ai update blog kan? dah tiga hari berturut2 ni (padahal ai dah schedule siap2) maklumlah kejar masa. Time free ni update jer seberapa banyak yang dapat. Kalu merapu meraban tu sorry lah ya, tak ada idea lah tu hiks...hiks...hiks... kalau tak suka tutup jer mata... baca ngan hati...agak2...rasa2...hahaha.... suka hati korang lah kan....asal bahagia udah...


Red Velvet Cupcake ni untuk hantaran tunang sepupu ai. Dah 2,3 bulan.... hari ni baru masuk blog. Saje perap buat pekasam hehehe....tapi tak jadi2 jugak. Ingatkan tak nak masuk blog tapi kesian lak ngan sepupu ai ni kang...melalak.... kek dia tak bersiaran.


Inilah rupa sebenar2 nya hantaran si Azhar nih. 6 biji jer muat kat dalam bakul tu.... pandai2 lah dia bahagi2 nanti hehehe..... Selamat Bertunang Azhar dan Yati nanti bulan 2 majlis kahwin laks..... dah terbayang2 akan kesibukan ai nanti hahaha....


Cheese leleh 2nd time untuk kawan2 Miss 17. Lepas jer exam SPM lepas, suruh ai buat cheese leleh lagi. Ada yang repeat order sebab tak cukup masa 1 st order ari tu. Ai buat jer lah.... maklumlah last day kat asrama. Coklat Moist tu ai buat as a present untuk semua kawan2 nya seramai 22 orang tu sempena selesai exam. Harap nanti semuanya dapat result terbaik....

Friday, 20 December 2013

Aneka Talam untuk Regular Customer USK.....TQ

Assalamualaikum semua...... terima kasih pada yang sudi singgah kat blog ai yang tak seberapa ni.... Hari ni kita tengok Talam lagi hehehehe..... boring ker??? yang penting makan tak boring kan... Memang Talam-Talam ni hot sikit kat USK maklumlah sesuai dihidang untuk apa2 jenis jamuan or majlis.


Talam Sekoteng (Pink), Talam Jagung (Hijau) dan Talam Chendol (Coklat) semuanya order dari Cikgu Fauziah. Semua Talam ni harganya RM25.00 (10" x 10"). Cikgu Fauziah nak bahagi empat dan dimasukkan dalam bekas or kotak. Harga kotak mengikut saiz. Kalau kotak kat atas ni bersaiz 6 x 6" harganya 50 sen / pcs.


Talam Keladi untuk Cikgu Rushdan. Cikgu tak jumpa cari rumah ai....kesian. Last2 anak nya datang ambil. Dah banyak kali cikgu Rush ni order ngan ai. Talam Keladi RM28.00


Talam Jagung ni untuk Suhaila.... 1st time order ngan ai. Suhaila dapat tahu dari cikgu Fauziah....terima kasih Cikgu Fauziah sebab promote ai punya talam..... Suhaila punya talam yang besar tu dan yang kecil2 dalam pek tu ai punya hehehe..... untuk makan2 dan bagi-bagi kat adik beradik dan sedara. 


Yang ni laks dari kawan lama ai Kak Za..... memang selalu order ngan ai. Kali ni Talam Chendol dan Muffin Coklat Pisang untuk di hidang pada sedara mara yang datang dari jauh. 

Talam Keladi dan muffin coklat pisang juga di order oleh Mashadi untuk potluck kat office nya. Sorry lupa nak ambik gambo hehehe....

Terima kasih pada semua yang sentiasa support and ulang order dengan USK. Kalau ada komen atau apa2 yang tak puas hati harap boleh bagitau ai ya.... harap USK boleh improve lagi di masa2 akan datang.....TQ alls...

Thursday, 19 December 2013

RBW for Haris & Aqilah

Assalamualaikum.... lamanya tak bersiaran. Sibuk ngan banjir dan juga seminar. Rumah ai tak kena banjir tapi office ai yang di landa banjir huhuhu..... habis file2 ai yang kat rak bawah tu... hampir mencecah lutut juga lah air kat dalam office. Penat tahap gaban nak berkemas.....macamana lah rumah2 yang tenggelam terus tu kan.... banyak2 lah bersabar....


Tempahan Kek RBW ni dari my cousin dari KL. Alang2 balik kampung terus celebrate birthday 2 anaknya kat kampung. Ai pakai jer apa2 yang ada dalam stok ai ni untuk tampal2 kat kek tuh. Maklumlah last minit oder hehehe.....


Happy belated birthday to Haris dan Aqilah.... sorry lah ya Mas kalu ada terkurang dengan kek ni. Macam2 hal kan.... kalau nak cepat ada jer yang menghalang... kadang2 ok kdg2 meragam jugak buat kek ni. Kadang2 coklat buat hal hehehe.....haih sabo je lah.


Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...