Sunday, 25 August 2013

Coklat Hantaran

Assalamualaikum...... salam Aidilfitri buat semua (syawal masih ada) so ai mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang singgah di sini dan juga pada yang baru singgah juga..... dan pada semua yang support UmmiSarahKitchen ni. Moga aidilfitri ini mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.


Coklat doorgift or coklat hantaran ni ai buat sebelum ramadhan lagi untuk perkahwinan adik ipar ai. Cuma sebagai buah tangan untuk menghantar pengantin ke rumah suaminya/mertua. Biasalah... Melayu kan penuh ngan adat sopan.... tak kan nak bertandang ke rumah orang melenggang jer kan??? mestilah bawak ole2 sikit sebagai tanda kemeriahan ye tak.... 

4 pcs per box - coklat praline almond filling

3 pcs per box

15 pcs per box


Tema kaler suka hati ai jer sebab ai yang pandai2 buat untuk dia.... tapi lupa nak snap gambar yang dah susun dalam dulang tu so uolls imagine sendiri lah ya mcm mana rupa coklat yg telah di susun dalam dulang tu ya hahahaha........ 

Untuk details harga boleh pergi kat label Harga sebelah kanan tu ya.... semua ada kat situ. Untuk yang berminat nak order boleh sms or email ai ke ummisarahkitchen@yahoo.com. Tempah awal2 ya sebab coklat ni tak basi hehehe.... 


Kek Coklat Moist ni sebenarnya untuk makan2 jer tapi di sebabkan banyak bekas jugak ai bawak balik kampung so.... digunakan untuk hantaran juga....kiranya bidan terjun lah kek ni ya....

Friday, 26 July 2013

Order dari Aishah dan Kenduri Tahlil

Assalamualaikum dan salam Nuzul Quran untuk semua muslimin dan muslimat walau dimana anda berada.... di harap berbahgia sempena cuti pada hari ni. Mungkin boleh masak lauk or kuih yang best2 untuk berbuka nanti. Hari ni ai nak update sikit blog ai yang dah bersawang ni maklumlah bulan2 posa ni banyak benor kerjanya. Baju raya belum siap jahit lagi..... biskut pun belum sentuh lagi..... haih...tak tahulah sempat atau tak.



Pavlova dan Talam Chendol ni  order dari Aishah yang duk kat Kemasik. Terima kasih Aishah.... sorry lah Talam chendol ni gambar atas jer ada yg tepi tak snap pun. Kalau uolls nak tengok leh tengok entry yg lepas.




Talam Suji dan Talam Sekoteng ni ai buat untuk Majlis Kenduri Tahlil bapa sedara ai yang lepas. Talam suji ni favorite ai memang best sangat2. Sekoteng ni tekstur dia kenyal2 gitu macam jelly kering yg kaler2 tu tapi sekoteng tak manis pun...


Kek Kastad Chiffon or Kek karamel... pun ai buat untuk kenduri Tahlil juga tapi sebijik yg kecil tu untuk mak2 buyung yang mengidam hehehe.... agak2 nanti anak-anak uolls ni akan jadi penggemar tegar kek2 USK tak? hahaha... masyuk...masyuk....

~ Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka ~

Thursday, 11 July 2013

Happy Birthday Miss 6

Assalamualaikum.... salam Ramadhan buat semua umat islam walau di mana anda berada..... Lama dah ai tak menjenguk blog ai ni. Kali ni nak update untuk Miss 6 punya birthday yang lepas pada 14 june hehee...  lama benor nak bersiaran ya.


Inilah kek kegemaran Miss 6.. Red Velvet cuppies. Dia memang suker... sangat ngan kek ni mengalahkan kek coklat. Dia boleh abiskan 2-3 bekas sekali hadap. So Sempena birthday dia ai buat jelah RV cuppies ni and bawak ke tadika dia untuk geder2 ngan kekawan dia kat sana.


Yang ni cup sz S dan yang atas tu cup sz M. Ai campur2 jer mana lah tau kan kot2 ada kanak2 yg tak suka kek ni bolehlah cikgu bg yang sz kecik tu untuk rasa2 dulu....


Yang ni bebola kek. kebetulan ada lebihan kek coklat untuk majlis kahwin sebelum tu... daripada membazir ai buat jer bebola kek ni. Mesti ramai kanak2 suka kan? Golek2 dalam coklat rice masuk dalam cup..siap...

Inilah dia kek2 yang telah selamat di bawa ke tadika Miss 6 untuk meraikan hari lahir nya yang ke 6 Tahun. Moga menjadi anak yang berbakti, berjaya dan berbahgia dunia dan akhirat.....


Sunday, 23 June 2013

Coklat Moist Kek Hantaran Kahwin

Assalamualaikum.... salam pagi ahad dan selamat bertugas pada yg bekerja pada hari ahad macam ai ni hehehe..... Apa pun yang anda lakukan moga sentiasa memberi kegembiraan dan keceriaan pada anda semua. Hidangan mata untuk kali ni... Kek Hantaran Kahwin iaitu coklat moist cake dengan buttercream filling and frosting.


Tuan punya sama ngan kek fondant 3 tingkat yg ai masukkan pada entry yg lepas. Coklat moist kek 9" untuk hantaran so ai buat buttercream jer... selamat sikit duk tengah2 panas pun tak per.


Deko pun sendiri buat sebab tuan nya tak kisah macam mana nak deko... janji ada kek dan selamat di bawa. 1st time jugak ai cuba deko macam ni. So far.. ok lah kan? hahaha....

Monday, 17 June 2013

3 Tier Fondant Wedding Cake ~ Turquoise Theme

Assalamualaikum.......


1st time dapat order buat fondant 3 tingkat untuk majlis potong kek sempena perkahwinan Ieyda dan Remy tempoh hari. Kiranya mega projek jugalah untuk ai yang baru setahun jagung dalam bisnes ni. Terima kasih pada mak dan ayah Ieyda yang memberi sepenuh kepercayaan pada ai. Kita tengok gambar2 nya ya.

Tingkat bawah sekali. Ukuran 13"

Tingkat 2 (tengah). Ukuran 9"

Tingkat atas ukuran 6".

Nampak macam kecik ya tapi bila dah salut fondant tu boleh tahan jgak lah. Tak der lah kecik sangat. Just Nice.

Pandangan dari atas untuk 3 tingkat.

Ai letak kan love2 n bunga2 gitu tak de lah nampak mcm kosong or sarat sangat kan?


Gambar ni kat rumah pengantin. Siap susun bersama cupcakes tapi bila time potong nanti baru lah ngadap pelamin so ignore jer dinding kat belakang tuh hehehe....

Free Cupcakes.....

Kek : Coklat Moist with blueberry filling
Ukuran : 13", 9" & 6"
Free : 30 pcs Cupcakes & pisau potong kek (panjang)
Harga : RM500.00





Saturday, 15 June 2013

RBW Repeat Order from Aishah ~ IKBN Kemasik

Assalamualaikum....Salam pagi sabtu... harap semua sihat walafiat dan gumbira bersama keluarga sempena cuti hujung minggu ni. Apa kata kita cuci2 mata laks ngan Russian Black & White tempahan dari Aishah lagi.


Kali ni untuk anak tersayang yang menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 2... Raziq Haikal. Cuci2 mata dulu ya....





Menurut kata Aishah... anak nya nak kek bola jugak tak nak kek lain janji ada bola... so ai pun bagi lah kat dia satu team bola ni.... boleh lah nanti Raziq main ngan dia orang ya....hehehehe. Selamat Hari Ulangtahun yg kedua untuk Raziq moga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat. Amin....


Wednesday, 12 June 2013

3 Stack Red Velvet Wedding Cake

Assalamualaikum..... mencabar sikit tempahan pada kali ni. 3 stack Red Velvet Wedding cake. Pada mulanya cuak juga bila nampak sample yg Iera bagi... nampak macam renyah sangat.... tapi ai ambil juga as cabaran untuk diri ai sendiri. Yang best nya Iera cakap buat jer lah ikut akak punya style. Tapi ai try juga buat ikut design yg iera bg cuma kaler2 tu tak ikut 100% lah....

 

Memang mencabar lah juga....naik buntang mata ai nak siapkan dot...dot... tuh hehehe.... pukul 4 pagi baru siap. Maklumlah cream cheese ni bukan boleh nak deko siang buta... kalau dalam air cond tak per lah....


Last minute letak bunga sebab pada mulanya tuan dia nak letak patung pengantin tapi tak jadi so... dari kosong mcm tu jer baik ai letak bunga2 gitu and 2 ekor rerama...


Semua nya kek Red Velvet and Filling & frosting cream cheese. Tak boleh duk luar lama2 nanti cream lembik dan mencair..... Terima kasih pada Iera yg bagi kepercayaan dan peluang untuk ai menyediakan kek sempena hari bahgia Iera n Kakaknya..... harap puashati dengan hasil tangan ai....TQ

Pandangan dari atas.....

Kek : Red Velvet
Filling & frosting : Cream Cheese
Tgkt Bawah - 11", tengah 8" & atas 6"
harga : RM350.00 + pisau potong kek (Panjang)

Tuesday, 11 June 2013

Russian Black & White ~ IKBN Kemasik

Assalamualaikum.... dan salam bahgia untuk semua. Russian Black & White tempahan dari Aishah untuk IKBN Kemasik. 1st time Aishah order ngan ai and harapan ai agar menepati citarasa Aishah dan semua yang merasa kek ai ni. Kalau ada apa2 komen leh bagitau ai ya Aishah....




Tak Ada idea nak deko kek RBW ni. biasanya continental kek ni simple deko jer tak boleh nak semak2 nanti hilang dia punya sentimental value hehehe.... tapi ai punya deko kalu tak penuh atas kek tu rasa macam tak puas hati jer....tak kisah lah kan janji semua boleh ngap...


Thanks to Aishah yang menempah dan Good Luck uols yg menempuh Final Exam tu.... jawap baik2 ya. Mungkin lepas makan kek ni idea uolls datang mencurah2 untuk jawap exam nanti hehehehe.....

Jenis Kek = Russian Black & White
Filling & Topping = Cream cheese + Coklat ganache
Ukuran = 9" bulat (1 resepi) 3++ kg
Harga = RM90.00 (Simple deko)

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...