Wednesday, 27 February 2013

RV untuk Birthday celebration

As-Salam.... bertemu lagi kita. Alhamdullilah dipanjangkan umur sehari lagi moga2 Tuhan panjangkan umur kita lagi.... Bulan lepas ai kehilangan nenek ter cinta dan Sabtu lepas bapa saudara yang bongsu pula meninggal Innalillah....... moga rohnya sentiasa diberi rahmat oleh Allah S.W.T. amin.....



Berbalik pada entry kita kali ni ai dapat tempahan dari Cikgu Sek Keb Kerteh untuk meraikan hari jadi nya tapi ai tak tahu yg keberapa tahun. Lagipun adik ipar ai yang tolong orderkan bagi pihak cikgu azlina. Ai cuma gi hantar jer kat sekolah.


Dengar cerita kek ni di hidang semasa minum pagi meeting time. Lepas tu sambung meeting lagi... diharap kek ini dapat memberikan sumber inspirasi dan menyejukkan hati2 yang gelisah semasa meeting tersebut..hiks..hiks..hiks... jangan marah ya cikgu2. 


Red Velvet 9" with Cream Cheese filling & Topping
Harga : RM85 / resepi


Sunday, 24 February 2013

Muffin Hantaran & Polkadot untuk Makan-makan


Assalamualaikum...... salam bahgia semua. Kalau boleh entry seringkas  mungkin kerna kesuntukkan masa. Muffin ni oder dari adik ipar ai untuk adiknya bagi majlis sambut menantu yang diadakan di Kuantan. Ini permintaan dari adik ipar ai supaya digubah dan diletakkan riben siap2. so, ai buat jer mengikut apa yg available kat rumah ai. Harapan agar menepati citarasa nya. 


Disamping tu Fatimi aka adik ipar ai juga order untuk makan-makan juga. Boleh lah kunyah2 dalam perjalanan ke Kuatan. 50 pcs untuk hantaran dan 50 pcs untuk makan2. Fatimi juga oder Giant Karipap untuk breakfast bersama keluarga. Nanti ai cerita lain entry ya.


Apam Polkadot ni tempahan dari cikgu Sek Men Keb Kerteh tapi lupa nak tanya nama ape hehehe.... sebab yang order orang lain yg dtg ambil orang lain tulah tak tertanya nama nya.


50 pcs ada filling dan 50 pcs lagi tak de filling. yang dalam plastik tu extra untuk anak2 nya. Mekasih cikgu.... lain kali oder lagi ya.

Wednesday, 20 February 2013

RV & Pavlova for 3A's Birthday



Assalamualaikum....... lamanyer tak update blog ya. Bukan tak menjengah langsung cuma tak update jer.... Kali ni ai nak tayang RV ngan Pavlova yang dibuat sempena 3a's punya birthdays. Mereka ni semua anak sepupu dan juga sepupu ai. Biasa lah kalau time birthday mesti diaorang akan tempah kek kat ai.... Family support lah katakan..... bagus...bagus... tak yah uolls bagi duit kat resepi rahsia lagi kan? hehehe....

Red Velvet with Hawaian Coconut Flake

3A's Birthday kali ni ialah AZYAN, AWIN N AZHAR. Anak sedara dan pak sedara..... RV ni 1st time ai salut ngan kelapa. Sebenarnya kelapa kaler putih ya anak-anak jangan keliru laks, ummi letak kaler merah sikit untuk mencantik kan lagi Kek anak-anak ya. Bukan apa haru nanti kalu dia mintak ngan mak dia kelapa kaler merah hehehee.... mana nk cari.

Pavlova size 8"

Ni laks Pavlova sz 8" yng penuh ngan buah. Memang kaya ngan buah lah yang ni sebab tuan dia sendiri yg beli buah hiks..hiks...hiks... best kan kalu ai dapat customer mcm ni. Tak mampu dah ai nak tabur buah lagi, kesian kat merinque tu tak tahan ngan ke-beratan buah2 tu.


Kan dah cakap memang banyak buah sampai kat kek pun ada buah gaks tapi tak banyak lah..... nanti RV bertukar jd kek Buah lak kan. Ai pun ada buat mini Pavlova untuk geder2 dan juga untuk Fareed. Fareed pun dah dua kali order mini pavlova ni. Mekasih ya Fareed bagi support untuk UmmiSarah Kitchen.  


Gambar ni ramai yang interprem ya. Tuan punya birthday 2 orang jer yang sorang lagi tak de kat sini cuma nama jer ada hahahaha..... kesian ko azyan.... mama ko ni memang.... saje nak sakitkan ati ko.

Apa-apa pun UmmisarahKitchen mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Lahir, Moga Sentiasa dalam Barakah Allah dan Mendapat Kesejahteraan, Kejayaan, Kegembiraan dunia dan akhirat" amin......

Thursday, 31 January 2013

Coklat Moist Kek with Fresh Cream Topping

As-salam..... pe kabo semua.... harap2 semua nya dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdullilah ai dan family pun semuanya sihat2 jer. Kali ni kita tengok Kek untuk Birthday ayah ai laks ya. Sebenarnya birthday dia pada 31st Dec lepas tapi biasa lah memang double malas dan di campur sikit busy jadi tertunggak lah entri nyer.


Kek coklat Moist with White coklat ganache dan fresh cream topping memang marbeles..... biasanya coklat ganache menggunakan dark or milk coklat tapi kali ni ai guna white coklat untuk memberikan sedikit kelainan pada kaler dan juga rasa nya. Tambah sikit dengan strawberry dan coklat yang meleleh.... tu yang membuatkan ayaq liuq pun meleleh gak hiks..hiks..hiks..


Tu dia kek dari pelbagai sudut dan penjuru.... sampai tertonggeng2 kamerawomen..... tu tak termasuk time potong kek lagi. Macam nak roboh di serbu oleh cucu2 yang serupa gengster kg. Baru hehehehe..... sbb kite org duk kg. baru so kena ckp gengster kg. baru lah.....mana blh ckp gengster kg. pisang...... nnti kena marah


Itu lah rupa gengster ++ gang-yang style wakakaka..... uols tengok jer kecik2 tapi kalu korang jupe dia org memang semput nafas dan nyawa...... yg sorang mcm Dora, sorang lg mcm upin versi ada rambut, ada yg kuat merajuk, kuat melalak pun ada, kuat berlari tapi tak de brek pun ada jgak.... haiahh....mcm-mcm ada....

Wednesday, 30 January 2013

Apam Polkadot untuk Pelbagai Majlis

Assalamualaikum..... salam bersiaran lagi. Amat sikit update blog untuk bulan january ni. Apa2 pun terima kasih pada yang masih sudi menjenguk ai di sini walaupun tanpa gossip2 hangat..... hehehe.....


Apam Polkadot pelbagai warna ni di tempah oleh Ija dari Gambang, Kuantan untuk majlis perkahwinan nya pada 12hb lepas. Ija tempah awal2 untuk mengelakkan tempahan di reject oleh ai hehehee..... bukan apa kan Ija, lebih selamat booking awal ya tak? dan memang rezeki Ija juga lah sebab kebetulan ai pun nak ke Kuantan untuk menziarah nenek (skg dah arwah) ai yang telah dimasukkan ke hospital Htaa. So, tak yah lah Ija datang ambil sampai Kerteh sini.


Ija tempah dalam 400 pcs tapi ai buat lebih sikit untuk di bawa ke hospital. Boleh lah makan2 ngan mak sedara dan adik ipar ai kat sana. Ija nak colourfull gitu.....meriah sikit kan. Inti strawberry, blueberry dan kiwi. Terima kasih Ija kerna memilih UmmisarahKitchen untuk majlis anda.


Apam ni pula di tempah oleh Haniza dari Shah Alam untuk meyerikan lagi majlis Lenggang Perut yang di adakan di Kuala Terengganu. Otw dari SA niza singgah kat Kerteh untuk ambik Apam ni. Tema nya pun colourfull jugak.... lagi cantik kan? banyak kaler2 ni memang meriah sikit kanak2 pun suka.....

100 pcs untuk Haniza. Tq......


Yang ni lak Miss 6 punya..... dah lama dia tak mem-pipe-kan apam nya sendiri. Ari tu masa buat tempahan Ija dia asyik mintak untuk buat sendiri. Memang ai ada buat lebih so bagi lah dia buat untuk diri sendiri. Pandai2 lah you nak buat macam mana rupa sekalipun.... tak de ai kisah....

Apam dia memang gedabak besar nya.... ni cup untuk muffin dia hentam jer sebab dia tak suka buat yg kecik2.... makan sutir dah kenyang....hehehehe.

Saturday, 19 January 2013

Kek Coklat Moist

Assalamualaikum...... 1st entry untuk tahun baru ni... apa-apa pun ai ucapkan Happy New Year pada semua. Moga kehadiran tahun baru ni membawa bersama azam baru, kehidupan baru, kejayaan baru dan apa-apa lah yang baru...hehehehe.


Kek Coklat Moist ni ai buat bulan 12 lepas untuk dibawa balik kampung. Separuh untuk adik ai yang duk Kota Bahru tu makan2 ngan family dia separuh lagi ai bawa balik ke rumah mertua ai. Maklumlah cuti sekolah kan... tak de apa2 nak buat so bila ada lebihan strawberry tu buat je lah kek cekelat ni.


Ai letak jer dalam aluminium ni senang cerita. Bakar lepas tu curah jer coklat dan hias ngan strawberry n Blueberry. Kebetulan ada lebihan buah yang ai buat pavlova... tak nak membazir ai masuk kan semua dalam kek coklat ni.


Yang ni versi cup cake di hias ngan gula manik biar nampak colourfull sikit barulah menarik perhatian kanak2. Bila kanak2 ribena tengok ni mesti meleleh air liur macam coklat yang meleleh tu..... hiks..hiks...hiks.

Tuesday, 25 December 2012

Resepi : Donut


As-Salam....... kita kongsi resepi lagi ya. Kali ni resepi Donut laks. Kalau yang ada ramai anak tu mesti suka kan? biasanya kanak2 kan suka sangat ngan donut. Tambah2 lagi kalau kita buat sendiri sudah tentu lah dia orang boleh makan puas2. Sekarang ni donut pun boleh tahan juga mahalnya. Apa kata kita buat sendiri... puas hati dapat ngap sepuas2 perut.


Donut ni memaaaaang gebus segebus-gebus nya.....hehehe. Ai dah banyak kali cuba resepi donut tapi tak segebu donut ni. Ai suka sangat ngan resepi Hasue ni dan dah banyak kali ai buat donut ni. Terima kasih Hasue kerna sudi mengongsi resepi donut yg marbeles ni. Izinkan ai share resepi you kat sini ya.

DONUT

Sumber : Hasue
Posted by : Ummisarahkitchen

Bahan2nya.

  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur-
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Cara-caranya:

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

~SELAMAT MENCUBA~


Friday, 21 December 2012

Resepi : Apam Belang

Assalamualaikum...... lama jugak ya ai tak berkongsi resepi. Apa kata ari ni kita cuba resepi Apam Belang ni. Rasanya memang sedap..... lembut....gebus.... dan tak terlalu manis. Lebih kurang rasa macam apam polkadot gitu tapi yang ni versi loyang hehehe....


Hah..... nampak tak gambar tu? ada perbezaan kan? memang dah dua kali ai buat apam ni. sebab tu lah ai cakap sedap.... cubalah. bahan2 nya pun tak susah dan cara buat nya pun simple saje. Dah ramai yang mencubanya lagipun apam ni pun dah lama femes cuma ai jer yang ketinggalan.... tapi tak per yang penting buat. Ok, kite tengok resepi nya ya. ai dapat resepi ni dari dapur Kak Ita dan Kak Ita pun dapat dari sumber lain.

APAM BELANG
Sumber : Shamama, UcuBakeryKak Ita
Posted by : Ummisarahkitchen

Bahan-bahan
4 biji telur
2 sudu teh ovallet
1 sudu teh esen vanilla
300gm tepung gandum
220gm gula halus
250ml santan kara (200ml santan + 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna

Caranya
1.  Pukul telur, gula dan ovallet hingga gebu
2.  Masukkan santan dan esen vanilla dan kacau sebati
3.  Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan kacau rata.
4.  Bahagikan adunan pada 3 bahagian dan warnakan
5.  Tuang selapis demi selapis hingga habis. Kukus 30 minit hingga masak.



Senang kan? sesuai untuk breakfast or minum petang. Kacau2, kukus dan apa lagi ngap ler..... Makan time suam2 lagi sedap. Suap punya suap.... tak sedar dah banyak keping dah masuk mulut.


Thanks pada yang sudi berkongsi resepi apam ni. Selamat Mencuba ok....

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...