Saturday 23 June 2012

HELLO KITTY FOR MISS 5 BIRTHDAY

Assalamualaikum dan salam bahgia untuk semua........ wahhh.... lamanya ai tak update blog ni... cik las datang bertandang kat dlm diri ai ni...tu lah pasal. Haihs.... macam manalah nak hilangkan cik las ni ya... ada ubat tak? hehehee....


Ok... kali ni permintaan dari my anak (Miss 5 aka Nur Iylia Mysara) sempena hari lahir nya yang ke 5. Udah lama dia mintak kek Hello Kitty ni sampai naik bengkak dah telinga ai mendengarnya. Hari2 tanya bila nak buat Hello Kitty.... nak bawak kat sekolah nak makan ngan kawan2. So, ai jawab jer.... Belum birthday macam mana nak buat.... tunggu lah sampai hari nya. Kadang2 dia boleh terima alasan ai and kadang2 tak leh terima alasan ai tu sampai muncung sedepa....huhuhu....


Jangan tak tahu laks itulah nama glemer miss 5 kat sekolah dia.... YAYA....hehehee suka suki jer panggil nama orang yang comei2 tu kan? nak wat macam mana memang member2 dan cikgu2 dia suka panggil nama gitu.... itulah yang buat dia glemer tuh...hahaha.

Kek - Coklat Moist, 12 x12, +-3kg

Full of coklat kat kek Hello Kitty ni. Maklumlah kanak2 kan memang suka sangat ngan coklat2 ni. Memang meriah lah dia sambut birthday dia sama ngan kawan2 dia tu tapi ai tak de lah gambar dia kat sekolah tu sebab ai hantar jer dan terus gi kerja. Ai biar jer dia ngan member n cikgu celebrate....


Ai juga ada buat goodies untuk di bagi pada member2 dia. Ai letak air kotak, puding, biskut n gula2.... wahhh... tentu suka kan? meriah gitu..... maka selamat lah telinga ai selepas tu... tak de lagi dengar Hello Kitty.....Hello Kitty.....Hello Kitty.....kalau tak, tido pun tak lena celik jer mata terus tanya pasal kek....haihs.... ponat den.


No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...