Sunday, 30 March 2014

Gerai Sempena Sukan Tahunan Miss 7

Assalamualaikum..... lama berehat sempena cuti sekolah (walaupun tak rehat mana..) maklumlah cuti sekolah banyak majlis kahwin tapi kali ni ai balik Kota Bahru untuk Majlis Kahwin adik ipar ai. Sibuk lah sikit prepared untuk "Candy Buffet"....opss.. tapi hari ni kita nak cakap pasal gerai sempena sukan tahunan anak ai Miss 7 nih.... terlebih sudah...hehehee

 
 Selamat datang ke Gerai Ummisarahkitchen..... ini adik ai yang buat ni..

Kita tengok apa yang ada kat gerai USK ni ya.... sorry sebab ai tak war2 kan dulu kat pages Dapur Ummi Sarah so ramai yang tak sempat datang sebab waktu sukan dah tamat.... tak per lain kali kalu ada gerai USK kat mana2 ai inform awal2 ya...

Roti Sosej - Kosong dan juga sos + mayonis

Coklat Chip Cookies

Coklat Moist Cake

 Blueberry Cheese Tart & Fruit Tart.... tapi yg ai jual ai pek siap2 (lupa nk snap gambonya)

 Talam Keladi dan Talam Suji Pandan

 Muffin Coklat Pisang... 100 pcs untuk adik ipar ai dan selebihnya untuk dijual...


Itulah dia penjual nya.... Miss 18 & Miss 7..... lepas main sukan datang lepak kat gerai sambil2 minum air dan makan kuih...  Selamat Berjualan...


Monday, 17 March 2014

Egg Tart & Talam

Assalamualaikum..... bersiaran lagi kita ari ni. Di harap semua gembira dan ceria hendaknya..... Talam lagi hari ni... nak buat macam mana ya memang dah glemer Talam kat USK ni. Lagipun Talam ni sesuai di makan pada bila2 masa aja. Kuih sepanjang zaman lah katakan hehehe....


Talam Keladi untuk Cikgu Linda. Order khas untuk majlis sambut menantu (adik cgu linda)



Talam Keladi, Talam Chendol dan Talam Jagung tempahan dari Kak Ma. Memang regular customer ai ni. Tiap2 minggu K Ma order Talam. Mekasih ya K Ma.


Kak Ma Repeat Order Talam Keladi untuk makan2 dan sambut tetamu yang datang..... yang bekas kecik tu untuk ai punya gerai (nanti kita cerita ya).
 

Tart Telur ni order dari kawan adik ai (sorry lupa dah namanya) mengajar kat sekolah Miss 7 anak ai tu. Terpaksa letak dalam bekas kecil2 macam tu sebab tak ada stok kotak besar untuk tart. Mekasih Mualimah ya....

Sunday, 16 March 2014

RV ~ Order Dari Jauh

Assalamualaikum.... apa kabo semua yg singgah sini. Lama dah tak update blog ai ni. Macam2 kisah sekarang kan..... kemarau.... kehilangan MH370.... bomoh etc...etc.... hiks..hiks...hiks... apa pun kehidupan harus di teruskan.... sama2 lah kita berdoa untuk semua yg berada didalam MH370. Di harap keputusan yg menggembirakan semua pihak akan diperolehi....amin.

Ok... back to kita punya order laks.... kali ni order dari Melaka untuk santapan keluarganya di sana. Kebetulan adik nya ingin ke Melaka so kakaknya pun order siap2 and suruh adik dia datang ambil ngan ai. Moga berpuashati dengan air tangan ai ya...


Red Velvet ekonomi size dan Kek Kastad chiffon. Kek Pisang tu tumpang interprem ckit hehehe..... kebetulan ai buat kek pisang so bagi lah kat dia sebekas. 

Red Velvet ~ Ekonomi size

Kek Kastad Chiffon

Cream cheese frosting.... so yummies
 

Thursday, 27 February 2014

Majlis Kahwin dan Aqiqah - Tema Orange Putih

Assalamualaikum..... seperti yang dijanjikan pada entry gubahan hantaran yang lepas. Inilah dia kek kahwin Azhar dan juga majlis aqiqah yang dibuat serentak dengan tema kaler Orange dan Putih. Memang ai suka sangat dengan warna ni..... memang shinning gitu. 




 

Kek Red Velvet 3 Tier + Red Velvet Cup Cakes filling and topping Cream Cheese. Ukuran 11", 8" dan 6". Berminat boleh call USK ya.... or boleh bagi budget anda dan ai akan buat mengikut budget yang dikehendaki.



Majlis aqiqah untuk anak sedara pengantin Elyka dan Aqeela yang tembam mambam hehehe..... masa ni rambut cute miut lagi tapi abis jer majlis semua kepala dah gondol hahaha..... ai tak de gambo kepala gondol dia orang. Sorry ya Sima cukur kepala uolls huhuhu....


Inilah tentera yang pergi menyambut kedatangan pengantin perempuan or Majlis menyambut menantu aka kahwin. Yang depan tu Belon girls hiks...hiks...hiks... tak de bunga2 nyer....

Wednesday, 26 February 2014

Resepi : Puding Chendol

Assalamualaikum..... memang lama giler ai tak berkongsi resepi kan? Kali ni resepi Puding Chendol... tapi ai pernah post kat blog ai ni dulu tapi yang tu ada ejas2 sikit resepi. Kali ni resepi dari Kak Nor Secubit garam yang glemer tu. Ai copy jer dari blog Kak Nor.... izinkan ai share kat sini ya Kak Nor..... Jangan bimbang... ai post skali ngan tuan resepi dan sumbernya skali. So, kalau uolls nak tengok resepi asal leh klik kat bawah tu.....


Ai memang suka cuba resepi dari Kak Nor ni sebab memang best2 sangat puding or agar2 olahan Kak Nor ni beserta dengan tip2 nya sekali. So, yang tak biasa buat pun boleh cuba ngan senang hati.


Puding Chendol
Resepi : Ogy@Tuntung15
Sumber : K.Nor@SecubitGaram 

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam

Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah ~ k.nor guna campuran nisan dan gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam



Cara-Cara :
Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocok kuning telur didalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

## selalunya bila K.Nor buat puding ni, utk bahagian lapisan atas tu K.Nor akan tambah air sebanyak 100ml lagi sbb teksture asal tu agak keras sket bg K.Nor. K.Nor lebih suka teksture puding yg lebih lembut sket. Terpulang pada masing2 ya..

## utk lapisan bawah K.Nor hanya guna 1 cawan gula atau lebih kurang 12 sudu besar. Sbb K.Nor kurang suka manis2 sgt dan utk lapisan atas tu mmg kena rasa sendiri la kalau nk buat sbb jenis2 gula merah ni berbeza. Jadi tak leh nk bg tau sukatan yg tepat.


Monday, 24 February 2014

Gubahan Hantaran Untuk Azhar

Assalamualaikum..... apa khabar semua...... kali ni kita lari tema sikit ya. Bukan apa... sekali sekala nak gak cuci mata tengok benda lain kan? Tak de lah buntang jer mata asyik tengok kek... Talam.... Fondant.... Coklat ya tak? Mai kita pakat tengok gubahan hantaran perkahwinan yang ai buat khas untuk sepupu ai sempena hari bahgia dia masa cuti raya cina lepas.

 

 
 

 
 

Tema kaler Orange + Putih. Ini Sebelah sepupui ai untuk di bagi pada pengantin perempuan. Bagi pihak perempuan untuk lelaki (sepupu ai) tema kaler Coklat + Cream dan ai juga yang suka suki menggubahnya..... kita layan jer hehehe.....







Maka Selamatlah majlis yang penuh meriah ni. Suka tengok coklat tikus tu..... di terbangkan khas dari Swiss ini tikus..... selamat untuk di makan ya. Kita tengok kek kahwin laks untuk entry akan datang..... selamat menjamu mata....jumpa lagi.

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...