Saturday, 1 June 2013

Red Velvet Rainbow

Assalamualaikum......pelik jer bunyi nama kek ai kali ni kan? bukan apa.... sebenarnya tuan yang order ni nak rainbow kek tapi ai belum ambil order lagi untuk rainbow so.... deko jelah kaler2 rainbow kan.... janji ada versi2 rainbow hehehe.....


Red Velvet ni tempahan dari Cikgu Yus untuk anakanda yang dikasihinya. Yus berkenan ngan deko yang pernah ai buat untuk sepupu ai dulu. Kaler rainbow... meriah sikit katanya.


Bezanya sepupu ai punya tu ada edible boboiboy tapi yang ni untuk gadis remaja so kena buat ala2 remaja gitu....hehehe. Ai letakkan sekor siput yang bulu mata melentik nih...sweet kan?

Dengan 2 kuntum bunga dan seekor rerama.....

Red Velvet 9" = RM85.00


Bersama Kek Kastad Chiffon untuk adik ipar ai. Jue tempah 2 biji untuk di bawa balik ke Klang sempena pertunangan adiknya. Terima kasih banyak2 pada yang masih sudi order ngan USK. Thanks for your support ok.

Thursday, 30 May 2013

Coklat Cake for Danish's Birthday

Assalamualaikum..... nampaknya edisi memecut kali ini.... terpaksa meng-update semua order2 yang duk dalam folder ai ni.... dah tak nak simpan lama2 lagi, nak habiskan semua sebelum masuk bulan baru. Harap menjadi kenyataan.... 


Coklat Ganache cake ni oder dari Kak Yah yang duk kat Felda Kerteh 6 nun. Regular customer... memang dah banyak kali kak yah order ngan USK ni. Terima kasih kerna support kami..... lain kali order lagi ya.


Kak Yah order untuk birthday Danish. rasa2nya ni anak murid nya kot....lupa nak tanya hehehe.... Kebetulan ada lebihan gambar Boboiboy tu so ai tampal je lah kat kek ni. Mesti budak2 suka kan? dari boboiboy ni melepak jer dalam peti ais ai tu.... ai buh dia kat sini hehehe..... lama2 nanti rosak lak kan.


Kak Yah pun ada buat side order jugak.... Kek Kastad Chiffon 2 biji untuk geder2 ngan kek cekelat tu. Bagus jgak kan.... kadang2 orang yang berusia (bukan tua ok..) ni kurang suka ngan cekelat.... manis dan muak sikit. tapi korang jangan tanya lah kat orang yang hantu cekelat.... mesti dia balun habis nyer....


Cake Ball pun ada jugak.... yang tu ai bagi jer kat Kak Yah.... Tak banyak pun, lebihan dari kek yang ai potong2 tu ai buat lah cake ball ni. 8 biji jer rasanya tapi Miss 6 dah balun 2 biji masa otw nak gi hantar tu hehehe..... 

Yang ni bukan Kak Yah punya ya.... ini ai yang punya hihihi..... buat untuk bawak balik kampung. Tak sempat nak buat yg grand2 sebab banyak order yang kena siapkan. Kadang2 masa kita sibuk tu lah banyak order yg datang kan? apa-apa pun Rezeki.......Alhamdullilah.


Coklat Moist CC untuk Hari Koperasi Sekolah

As-salam..... hari ni kita intai2 apa laks yang akan di jamu di USK ni ya... Cupcakes untuk Hari Koperasi Sekolah. CC ni ai buat untuk anak sepupu ai atas permintaan emaknya lah..... sebab anaknya sibuk nak berniaga kat sekolah. Hari pertama dia jual apam polkadot tapi ai tak snap gambo nya..... hari kedua CC ni laks. Menurut ceritanya... CC ni habis sekelip mata jer hehehe..... 50 biji je kan bukan nya banyak sangat. Mesti berebut2 nak kan CC ni ya.... lain kali kita buat lg.

 Macam2 deko... dah tak tahu nk deko mcm mana lg...hentam jer....


Cupcakes Size S

CC Safety Box

Cupcakes coklat moist Sz S
50 Pcs = RM80.00
Buttercream Simple deko

Wednesday, 29 May 2013

Tempahan Hari Guru

Assalamualaikum....... laju sikit entry kali ni sebab dah banyak yang menunggu giliran untuk masuk ke sini hehehe..... Tempahan untuk hari guru yang lepas dan bercampur juga ngan order2 yang lain. Sekali harong meng-update sebab dah akhir bulan...nak tutup kong...hahaha.....

 Talam Peanut Butter

 Talam Jagung

Talam Keladi

 Rainbow Butter

 Apam Polkadot

Terima kasih pada semua yang menempah.... Pn. Zainun, Cgu Rahaya, Pn. Fatimi dan Pn. Zaliha. Harap berpuas hati....



Ini Pula coklat Brownies yang dibawa Miss 6 ke tadika nya untuk sambutan hari guru kat tadika dia. Balik sekolah sibuk jer bagitahu cikgu suh bawa kuih untuk hari guru. Kebetulan bahan2 untuk buat brownies ni dah lama ai sediakan so....godek2 jap jadilah ia. Brownies ni memang senang jer tak yah mixer bagai pakai whisk jer.... janji cukup bahan. Harap cikgu suka......

Surprise untuk IBU.....

As-salam.... kali ni order dari jauh nun di Penang untuk ibu tersayang yang berada di Kijal. Surprise dari Aliza untuk ibu terchenta sempena hari ibu yang lepas. Bagusnya Aliza ni kan.... masih teringat2 betapa happy nya ibu liza masa ai pi hantar kek ni. Terkejut pun ada jugak sebab tiba2 orang yang tak dikenali mencarinya.....


Coklat Moist Cupcakes with buttercream topping. Special request dari Aliza. Jenuh gaks ai nak susun huruf2 tu. Maklumlah cup saiz M tapi alhamdullilah..... harap2 liza berpuashati dengan hasilnya. 


Sebenarnya liza ada bagi sample tapi sample tu menggunakan 100% fondant... so ai tukarkan ke buttercream (jimat kos kan liza?) cuma huruf dan Love2 tu jer ai guna fondant. 


Selamat Hari Ibu di ucapkan pada Ibu liza dan juga semua ibu2 di Malaysia dan di mana jua ibu2 berada..... (walaupun hari ibu dah lepas) tapi tak per... yg penting Ingat....TQ Aliza...

Tuesday, 28 May 2013

3D Angry Bird for Emil Rayyan's Birthday

Assalamualaikum.... mintak maaf banyak2 sebab dah lama tak update blog ai ni. Balik kampung punya pasal n sebelum tu order masuk pun mencurah2 jugak sampai ada yang terpaksa ai tolak. Maaf sangat2 pada yang kena reject order tu... bukan apa memang tak sempat lagipun ai ni masih bekerja..... pandai2 lah ejas masa.


3D Angry Bird ni khas untuk Birthday Emil Rayyan anak sepupu ai. Emil ni giler bebenor ngan angry bird nih. Bila dapat kek macam ni suka hati sangat lah dia.

Inilah dia Birthday Boy.... Emil Rayyan ngan Mak nyer n sepupu

Bersama2 sepupu sepapat.....

Blueberry n Strawberry cheese tart, Fruit Tart n lebihan buah2


Inilah untung nyer rumah macam dewan kan ! hehehe..... siap main sukan dalam rumah lagi. Sempena birthday Emil, tuan rumah juga adakan sukan yg ringan2 untuk saudara mara kitaorang. Acara2 untuk kanak2 seperti Tiup belon, bawa bola pingpong, makan epal, rebut kerusi, rebut coklat dan hias kek laks acara untuk mak2... memang meriah giler. Cabutan bertuah pun ada..... tapi yang sebetulnya ai memang tak bertuah langsung..... tak dapat apa2 pun.... sob...sob.... sedih giler ni...


Upacara penyampaian hadiah...sengih memanjang..... mentang2 korang dapat adioh ya. Yang penting Miss 6 pun dapat hadiah kalu tak..... mau panas telinga ai dengo mulut dia. Apa2 pun ai ucapkan tahniah pada yang menang... pada yg tak menang apa kata kita suruh tuan rumah buat lagi tahun depan....hiks...hiks...hiks..


suka hati dia dapat buat paruh angry bird.... padan getel tu jer hehehe..... siap ngan lastik, sarang n telur.... my 1st eksperimen untuk 3D angry bird ni walaupun kepala bird tu memanjang jer..... hehehe yg penting Emil  Rayyan kenal itu "Angry Bird" ...

Thursday, 16 May 2013

Snowy Peach with Fresh Strawberry

Assalamualaikum..... salam sejahtera dan gembira hendaknya.... sorry lah ye dah lama tak update blog ai ni. Sebelum tu.... ai nak ucapkan Selamat Hari Guru pada semua guru2 di seluruh Malaysia.... terutama sekali guru2 yang sentiasa membuat tempahan ngan USK. Moga segala usaha dan penat lelah anda semua akan diberkati Tuhan.


Snowy Peach ni bukan tempahan untuk hari guru ya. Yang ni dah lama duk dalam folder tapi tak masuk2 blog..... tunggu giliran. Snowy oder oleh En. Asri untuk birthday nya sendiri .... ini kali kedua Asri order ngan ai, dulu RBW untuk anaknya. Tapi semuanya full of fruits. Suka sangat ngan strawberry....

Nah! amik you stobery tu..... makan puas2 hehehee.....Korean Strawberry tuh.


Snowy Peach ni ai buat 3 layer dan setiap layer dilapisi cream custard dan taburan buah2 peach ya. Memang kaya ngan peach lah katakan dan semua atas permintaan tuan badan...

 Ai tak kisah pun berapa banyak uolls nak buah tu.... janji masuk bill ya kakak2...abang2....

Snowy Peach Custard Cream Cake 
RM70.00 = 9" bulat
Add Fruit = RM10-15 (bergantung pada Brand if stobery lah..)

Tuesday, 30 April 2013

Tempahan Untuk Candy Buffet / Table

Assalamualaikum..... entry terakhir untuk bulan ni....pejam celik...pejam celik.... dah abis bulan april kan. Tup2 tak lama lagi dah nak masuk ramadhan.... tup2 dah akhir tahun dan meningkat lagi setahun usia kita.... Tempahan pada kali ni lain sikit dari yg kebiasaannya.... Order untuk Candy Buffet aka Candy Table pun buleh.... Candy Buffet ni sebenarnya adik ai yang uruskan bersama ngan Guestbook untuk para pengantin yang akan melaksanakan hari bersejarah mereka. Bagi sesiapa yang berminat boleh dapatkan keterangan nya di blog Craft and wedding Projects ni. 


Ini dia tempahan yg dibuat oleh customer adik ai. 50 pcs strawberry cheese Tart, 50 pcs Bleuberry cheese tart, 100 pcs (3 pcs 10" x 10") Strawberry Slice Cake and 150 pcs Apam Polkadot. 


Ini dia candy Buffet yg diuruskan oleh adik ai tu. Sebahagian kuih2 di tempah dari ai dan yg lain2 seperti gula2, lollipop, marshmellow dam macam2 lagi adik ai yg uruskan atas permintaan pelanggan. Buah celup coklat pun ada...... kalau anda berminat sila contact Nuur Ailmi ni ya....tekan Sini ...


Di samping candy buffet, Guestbook, fabric hand bouquet pun ada. Ada yang tak tahu apa itu guest book ker? alaa..... guestbook yg orang duk tulis ucapan or kata2 or ucap selamat pada pengantin tu..... macam autograf gitu rupanya.....ada gaks heheheehe.....ianya sebagai kenang-kenangan dari tetamu pada pengantin.


Terima kasih pada Nuur Ailmi untuk semua tempahan ni. So pada sesiapa yg berminat untuk menempah candy buffet ni cepat2 contact tuan punya blog yg ai dah share linknya kat atas tu..... you tempah jer kat dia... nanti dia yg akan deal ngan ai untuk urusan kuih-muih ni. So, uolls tak yah pening2 lagi nk pikir pasal "Pencuci mulut" ni

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...