Thursday, 25 April 2013

KKC untuk Birthday Syahmi

As-salam dan salam pagi khamis untuk anda semua. Moga ceria, bahgia dan sejahtera hendaknya. Hari ni kita tengok Kek Kastad Chiffon lak ya. Tapi kali ni KKC ni istimewa sikit.... 1st time ai deko mcm ni untuk KKC nih. Semua ni sebab birthday adik Syahmi kita yg ke 9 tahun.

for me Simple but nice....


Biasanya KKC ni tak pernah deko sebab kek ni jarang org buat birthday. Tapi atas permintaan ayah Syahmi ni so ai deko jer simple2 sebab dia kata nak sambut birthday. Tak cun lah kalau kek ni kosong jer kan.. kesian nanti birthday boy. Harap birthday boy puashati.

Comel jer siput "Baby" tu hahahaha..... melentik bulu matanya...


Happy Birthday untuk adik Syahmi moga syahmi menjadi anak yang soleh.... sentiasa diberkahi Allah hidupnya...di dunia dan di akhirat.....amin....

Wednesday, 24 April 2013

Snowy Peach for Farewell Party


Assalamualaikum..... bertemu lagi hari ni. Nampaknya angin rajin sedang melanda diriku yang mengupdate blog tiap2 hari hehehee..... salam ceria dan bahgia untuk yg sudi singgah di sini. Hari ni Snowy Peach Custard Cream Cake untuk tatapan anda. Kek yg sangat2 sedap dan tak pernah muak memakannya.... Cream custard dan fresh cream yang membuatkan anda tak berpaling tadah lagi hihihi....


Kek ini dibuat khas untuk my cousin punya hubby. Kebetulan ai pergi Melaka ari tu so.... dia pun take advantage on me lah.... suh ai buat kan kek untuk Farewell Party kawan hubby dia. So, punyalah berhempas pulas kat dapo dia..... maka jadilah sebijik kek macam ni hehehe....


Rich of fruits dan memang berbaloi sangat2 kalau anda yg di luar sana tu nak geder2 ngan kawan2 and family. Kek Sponge dilapisi cream custard yg enak..... meleleh.... letak buah banyak2 memang the boom lah... wa cakap lu...


Kek ni ukuran 10 x 10" sama dengan 2 resepi berat 3kg++. Harga RM160.00 termasuk buah. Yang ni kaya ngan buah so harga pun lain. Normal 1 resepi RM70.00 dan ada sikit2 buah kat atas. Boleh tengok entry yg lepas2 untuk contoh kek. 

Tuesday, 23 April 2013

KKC, Apam, Pavlova, Triffle & Talam

As-Salam.... salam sejahtera. Hari ni giliran 5 jenis tempahan yang ai nak update. Malas nak buat satu2 lagipun tempahan yang biasa2 aje. Kek Kastad chiffon, Apam Polkadot, Pavlova, Triffle dan Talam. Jom lah kita tengok gambo yang tak seberapa nih.


KKC dan Apam Polkadot ni order dari Pn. Ruby. Last minute order...petang kal pagi esok nak dah.... tp memang rezeki Ruby lah kebetulan ai lapang masa tuh. Lepas seminggu Ruby order lagi KKC tu... macam biasa jugak last minute. Jangan amalkan ya Ruby....kalu ai sibuk sorry..morry...lah nak amik order you... nehi,,nehi..... gigit jari lah you.


Talam Roti Coklat Strawberry order oleh Pn. Ruhaya. Cikgu Ruhaya ni jenuh pusing2 cari rumah ai. kesian cikgu... dia nak jugak kenal rumah ai sebab dia kata lain kali nak order, senang sikit terus datang rumah amik.



Talam Peanut Butter order oleh Cik Siti Nuur Ailmi untuk Tunangnya. Sayang nyer.... kat tunang dia kan... biru tuh... mesti tunang dia suke tambah2 lagi dah dekat nak ngundi nih hiks...hiks...hiks... sorry lah kalau tersalah kaler. Moga kena dengan rasa dan citarasa tunang Nuur Ailmi ya.


Pavlova ni ai buat masa pergi Melaka ari tu. Bawa buah tangan untuk cousin ai kat sana. Kebetulan ai pun ada kelas kat Seremban so lajak lah ke Melaka..... lepaking....shopping king.....jalan king....hehehehe....


Triffle ni jugak sama... buah tangan dan buah mulut ai untuk diaorang..... selamat menjamu selera. Sorry lah kalu ada yang terkurang tu.... pakai mana2 bahan yang available jer.....

Pada semua yang meng-order tu... Terima Kasih banyak2. Jangan segan-segan order lagi ya.

Monday, 22 April 2013

Boboiboy Cupcake for Danial Aqief

Assalamualaikum..... salam sejahtera dan bahgia hendaknya. Kali ni Boboiboy cupcakes lak untuk celebrate birthday Danial Aqief. Tahun lepas Pn. Hazaliza order cupcakes juga tapi tema angry bird khas buat anakanda tersayang..... 


Boboiboy dengan tema kaler orange. Tahun lepas tema biru..... tahun depan tema apa lak ya hehehee......

Cartoon kegilaan kanak2 sekarang..... bukan setakat kanak2 jer.... rasanya mak2 dan ayah2 juga sama naik jer ye tak? hehehee.... macam ai punya cousin jugak siap ingat nama setiap watak.... haih..


Untuk mengetahui harga boleh lihat sebelah label Kategori : harga kek dan cupcakes. Untuk adik Danial Aqief USK ucapkan Selamat menyambut hari kelahiran yg ke 3 (kalu tak silap ai) moga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.....Amin.

Tuesday, 9 April 2013

Red Velvet ku ke UMP

Assalamualaikum....... dan salam bahgia pada semua yang masih sudi menatap coretan ai ni. TQ VVM to uolls ya. Kali ni Red Velvet lagi yang menghiasi laman blog ai... memang kek yang marbelesssss sangat2. Yang cuba sekali pasti nak cuba dan cuba lagi..... (kalu dah byk kali tu bkn cuba dah kan? hehehe....)


Kali ni Red Velvet ai terbang ke UMP Kuantan. Order dari Miss Jue and the geng untuk geder2 sambil merasa Red Velvet ai pada kali ni. Hopefully suitable wt  your taste lah kan!!!!! tapi jangan lupa kalu ada komen2 yg membina tu bolehlah di ajukan pada ai ya.


Ai buat jer deko ikut kepala otak ai nih sebab Miss Jue tak de lah bagitau ai nak deko yg macamana cuma dia cakap nak Red Velvet....... janji Red Velvel kan..... tak nak yellow velvet ker.... green velvet ker....tak sesuai gitu.


Selamat menjamu selera lah ya Miss Jue and the gang.... lain kali kalau nak kal jer ai....terus kek sampai ke UMP...heheheehe..... baik punya services...

Monday, 8 April 2013

CMC Doorgift & Talam untuk Majlis Bacaan Yaasin

Assalamualaikum.....salam petang isnin...... Harap2 semua urusan berjalan lancar. Mai kita tengok Doorgift dan Talam untuk Majlis Bacaan Yaasin laks. Majlis penuh berkah ni telah diadakan lebih kurang 2 minggu lepas tapi biasa lah memang lambat sikit nak masuk blog. CMC doorgift dan juga Talam serta Kek Kastad chiffon untuk meraikan birthday anak sepupu ai.


Ini dia doorgift Coklat Moist Cake. Harga RM2.50 - 3.50 satu bergantung pada berat kek.



Talam Keladi dan Talam Chendol.


Inilah Birthday Girl Azyan dan Awien. Ini kali yang ke3 dah jamuan birthday dia orang nih. Kalu semua orang sambut birthday macam ni....kayalah ai jawab nyer.....




Thursday, 4 April 2013

Aneka Jenis Talam kini di Ummisarahkitchen....

Assalamualaikum semua...... salam bahgia dan ceria. Memperkenalkan produk baru di Ummisarah Kitchen untuk anda di luar sana...... Aneka Jenis Talam khas bagi penggemar2 Talam yang tak tahu nak dapatkan kat mana semua Talam2 ni ....so, sekarang boleh order kat ai ya.... jangan malu...jangan segan hehehee... yang pasti tak akan mengecewakan anda....baik punya!!!...



Ada 11 Jenis Talam semuanya. Ukuran Talam ni 10" x 10". Yang kat atas tu dah dipotong2 dan dibahagikan sama rata masa kelas ari tu. 

Talam Chendol - RM25
Talam Keladi - RM28
 Talam Ubi Dhia - RM30
 Talam Peanut Butter - RM35
 Talam Serimuka Delima Pandan - RM26
 Talam Suji - RM25
 Kuih Lapis - RM25
 Talam Tokyo - RM25
 Talam Sekoteng - RM28
 Talam Jagung - RM25
Talam Roti Strawberry Coklat - RM35



Inilah rupa Talam2 tersebut. Loyang 10" x 10". Tapi ai tak pek kecik2 macam tu (Yg tu mcm nk jual kat kdai). Untuk tempahan ai akan potong mengikut size seperti 81pcs or 64pcs or mengikut citarasa anda.


Tempahan dibuka sekarang..... pada yg berminat tu boleh kal or sms me ya. Sesuai untuk majlis2 kesyukuran, harijadi, nikah pun boleh..... meeting, breakfast, minum teh petang2 sambil bersantai pun digalakkan hehehe....

Tuesday, 2 April 2013

RV - Repeat Order

Assalamualaikum..... salam bahgia dan ceria semua. Red Velvet lagi... repeat order dari cikgu SKKg Baru. Kali ni dia orang nak share lak. Disebabkan regular customer dan merangkap kawan baik adik ipar ai so ai bersetuju untuk bahagikan kepada dua. Siap2 bahagi kalau tak nanti gaduh lak hehehe....


Simple aje sebab bila dah jadi dua biji ni nak kena save kan sikit cream kalu tak nanti tak cukup lak nak hias kat atas kek ni. Harap2 dapat memuaskan hati cikgu2 ya.


Hias ngan strawberry dan coklat chip je...


Mekasih cikgu Tuan Azlina dan Sharifah Nadilah. Kalau ada apa2 komen boleh di ajukan pada ai ya... jangan malu dan segan hehehe...



Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...