Friday, 18 May 2012

TEMPAHAN MAJLIS ILMUAN....

As Salam, isnin lepas ada tempahan dari kawan ai yg duk kat Perumahan Rantau Petronas Kak Za. Kali ni kak  Za tempah Talam Keladi dan Apam Ladybird untuk dibawa ke sekolah anaknya yang mengadakan solat hajat. Bgus sekolah sekarang kan...selalu buat solat hajat sebelum anak2 menduduki peperiksaan. Kebanyakkan sekolah sekarang memang buat macam ni. Moga anak2 kita beroleh kejayaan dan keberkatan dari Nya.

 Apam ladybird 50 Pcs - RM20.00


Talam Keladi 8" x 8" = 49 Pcs

Layan jer lah gambar ai yang tak seberapa tu. Penat dah nak menaip.... dah 3 entri ai publish ari ni... Minggu ni adalah minggu yang sibuk untuk siapkan order2 untuk hari guru dan juga hari ibu.... maklumlah ai ni kan bekerja.... so malam je lah masa ai nak siapkan order2 tu semua. Apa-apa pun di harap semua yang telah menempah tu berpuas hati ngan hasil keja ai ya... kalau ada apa2 yang nak komen boleh jer email or sms ai ya.... 

Harga Kek dan Cupcake


Cupcake - Buttercream simple Deko


Size M

25 pcs = RM65.00
36 pcs = RM90.00
50 pcs = RM120.00

*  Tambahan harga untuk edible image Ready made atau edible image Personal Photo.
     - Mengikut harga pasaran semasa.

*  Tambahan RM10.00 untuk Topping coklat Ganache
* Tambahan RM15 - RM20.00 untuk buah Strawberry (mengikut jenis dan harga semasa)

Cupcake - Buttercream + Fondant

Size M
16 pcs = RM55.00
25 pcs = RM75.00

Cupcake - Wedding / Hantaran Fondant
Large - Solo cup
16 pcs (L) = RM120 - RM150

+ Fondant, lettering & Gumpaste flowers

Plain Cupcake
Papercup (S) = RM1.20/pc
Solocup (S) = RM1.50/pc

Min 0rder - 25 pcs     Individual casing/dome = RM0.30/pc

Cakes
Snowy Peach Custard Cream Cake
RM80.00 / Resepi = 9" Bulat (+- 1.8 Kg)


Pavlova (with Vanilla Milky Cream)
    
Size Mini (2") 16 pcs = RM45.00

Size  (8") - RM65.00/pc 


Chocolate Moist Cake (Filling coklat ganache)
  
RM95.00/resepi = 9" Bulat

* Harga berbeza mengikut jenis deko atau tambahan buah2an, edible image dll.

Russian Black & White
RM100.00 / Resepi = 9" bulat (3++ kg)



Slice Cake
RM35.00 (10 x 10 petak - 36 pcs)
 - Filling Strawberry, Kiwi, Orange, Blueberry, Lemon

  

Fondant Hantaran @ Wedding Cake
RM120.00 - 150.00/resepi = 9" bulat
Harga berbeza mengikut deko 
   

Red Velvet Kek & Cupcake
Cake 9" bulat = RM95.00 / resepi


Cupcake - Size M
16 pcs = RM48.00
25 pcs = RM70.00


  


Kek Gula Hangus @ Sarang Lebah
8" petak @ 9" bulat = RM30.00

  

Kek Kastad Chiffon
8"  = RM40.00
10"  = RM60.00
  
Kek Lapis
RM80.00 - 7" x 7"

   
               Lapis Chocberry                                  Lapis Prune
               Lapis Betawi                                      Lapis Evergreen
               Lapis Masam Manis

Birthday Cake with Buttercream frosting & Simple Deko





Chocolate Moist Kek = RM50.00 / kg
Butter Cake = RM50.00 / kg
Sponge Kek = RM40.00 / kg
Standard size 9" bulat

Tambah RM5.00 untuk "Happy Birthday Lilin", Footbal Player


Semua Harga kek dan cupcake di atas akan berubah mengikut harga bahan mentah semasa. Untuk mengetahui lebih detail berkenaan harga dan berat kek sila email or sms me ok.

Tq.

KEMARUK LEPAS PANTANG.....

Assalam semua... sihat ker??? Harapan agar semua sihat aja. Kali ni entri untuk orang yang kemaruk nak makan macam2 lepas habis pantang bersalin. Ini adik ai punya cerita.... masa tengah pantang tu macam2 dia pikir nak makan... lepas pantang nak makan ni lah...itu lah.... haihs... tak menyabo langsung nasib baik bersalin normal kalau macam ai nih asyik operate jer.... nasib badan lah kan.


Snowy Peach Custard Cream Cake

Coklat Moist Cake

Pavlova...nyumm...nyummm...


Selamat menjamu selera..... makan ler puas2 nanti balik Arau susah lak nak makan hasil air tangan ai nih...hehehehe. Tapi kan lupa lak ai nak amik gambo pulut kuning yang mak ai buat tu..... kesian Muhammad Hudd Ukail sudah botak dikerjakan oleh ai n mak nya....

Friday, 11 May 2012

KEK KASTAD CHIFFON

Assalamualaikum...... lama dah tak buat kek kastad chiffon ni. Minggu lepas teringin nak makan so buat lah sebiji untuk makan2... kebetulan ramai adik2 balik hari minggu lepas maklumlah cuti panjang kan..... Tapi yang ni bukan yg ai buat untuk makan2 ari tu. Ini tempahan dari adik ipar and cikgu2 dari sekolah kebangsaan Kg. Baru Kerteh.

 Kek Kastard Chiffon - 9" - RM35.00



Siap untuk datang ambil kat rumah ai. Pada yang berminat boleh order. 9" bulat RM35 atau 10" petak RM50.


Tuesday, 8 May 2012

Coklat Gift Sempena Hari Guru .... tak lama lagi

As-Salam semua.... kejap jer masa berlalu kan tup...tup... dah masuk bulan May dah.... nanti puasa laks pah tu apa lagi... Raya lah.....syoknyer.... tapi entry kali ni bukan pasal raya ya adik2 ku.... yang ni pasal sambutan hari guru yang akan tiba tak lama lagi... 


Hah!!.. tu dia.... coklat gift untuk hari guru nanti... Ini semua anak sedara ai yang punya !!! 10 Boxs (9 pcs/box) ai dah siapkan awal2 untuk dia so sekarang coklat ni dah selamat sampai Kuantan.... Harap2 semua coklat tu masih dalam keadaan terkawal dan elok ya....hehehehe....


Kita close up sikit coklat2 itu semua so uolls boleh lah tenung lama2 ya dan kalau ada yang terasa-rasa or tertelan2 liur tu bolehlah call ai ya... tempah skg...jgn tunggu2 lagi..hiks...hikss...


Tu dia...ai dah siap seal so tak de change lagi dia nak buka or curi2 makan ...hahahaha...tapi ai suruh mamanya ikat riben sendiri. Pandai2 lah mama dia reka macam mana nak ikat janji cantik dipandang mata...


Yang ni lak Coklat Oreo (3 pcs / box) dia cakap nak bagi kat Cikgu Besar.... untungnya cikgu2 yang mengajar anak sedara ai ni ya.. dapatlah merasa coklat hasil air tangan ai nih.... 


Friday, 4 May 2012

Coklat Moist Cupcakes & Lollichoc Angry Bird Edible Image

As salam dan salam Jumaat untuk semua. Kali ni Tempahan datangnya dari Pn. Hazaliza untuk menyambut Birthday Putera nya. Coklat Moist Cupcakes dan Lollichoc Angry Bird untuk Muhammad Danial Aqief yang ke 2 tahun. 

25 pcs Coklat Moist Cupcakes size M - Angry Bird edible image

Menurut kata Liza, anaknya adalah peminat "tegar" Angry Bird so apa lagi Mama nya pun mintak lah kek Angry Bird ni untuk memeriahkan lagi sambutan Birthday Boy. Liza juga nak kan tema biru sesuai lah untuk Hero kan....



Bukan cupcakes jer.... Lollichoc pun Liza nak jugak untuk Hero nya. Kaler biru dan edible image Angry Bird jugak.... memang anak Liza ni betul2 minat ngan Angry Bird. Tapi tak per lah kan Liza.... Janji anak nya gembira dan suka ngan cupcake dan Lollichoc ai ni....


30 pcs Lollichoc Angry Bird edible Image

Terima kasih banyak2 ya Liza.... harap2 Liza berpuashati ngan Cupcakes dan Lollichoc itu. Kalau nak oder lagi calling2 lah ai ya....hehehe


Yang ni laks macam biasa ah... Model tak berbayar.... mesti ada jugak untuk dia.... dan kebetulan ada lebihan coklat ganache dalam esbok so ai pun pipe jer kat lebihan cupcakes dan tabur ngan gula manik tuh.... dan bawak pi jenguk2 Miss 16 kat asrama nya.... ada lah jugak buah tangan kan...hiks...hikss.... kalau saje2 nak buat tu memang tak merasa lah anak ai tu sbb Ummi nya sikit pemalas....

Saturday, 28 April 2012

Snowy Peach Custard Cream Cake

 - tak cukup 1 order 2

As salam dan salam pagi sabtu.... amacam ngan title ai ari ni ok tak? hehehe saje mengada wat tajuk cam gitu sebab kali ni memang customer ni order dua biji kek Snowy Peach. Menurut kata cousin ai Yati... adik iparnya nak 2 biji sebab tak cukup ngan sebiji jer... kaum kerabat ramai sangat. Mula2 tu Yati nak suh buat besar tapi kan bagi ai kalu besar sangat tak de "sentimental value" lah plok kek Continental ni ya tak? lagipun Yati tak de lah paksa2 ai nak kan kek yang besar.... kalau dia paksa jgak ai buat besar.... tentu ai buat gak hehehe.... customer didahulukan....


 Snowy Peach - 1 resepi RM70.00


2 biji Snowy Peach lain2 deko..... bagi kelainan sikit walaupun rasanya sama...

Sebenarnya ada accident sikit kat kek ni... entah macamana cream tu macam lembik lah cikit tapi tak de lah menghilangkan rasa nya yang lemak2 manis kastad itu. Kalu cikgu ai tahu ni mesti cikgu cakap agar2 tu masih panas masa campur ngan kastad tu....(cikgu byk kali pesan) tapi beeetuuulll..... cikgu, agar2 tu dah suam2 jari dah..... malah dah nak beku pun...hehehe.... Tapi kan ai rasa cuaca sekarang (salahkan cuaca laks) panas sangat. Padahal deko ni pun dah tengah malam buta dah...... apa2 pun yang penting sedaaap..... dan Yati bagitahu semua kek tu ok jer.... tak de lah meleleh... cantik je. Suka hati ai mendengarnya.... Mekasih ya... lain kali order lagi.

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...