Thursday 8 March 2012

Roti Puri


As-Salam...... dah berabuks dah ai punya blog ni. Lama tak menghapdet... dah seminggu tuan nye tak sihat so blog pun jadi suram cam tuan nya gaks. Tapi kan.... demam2 macam ni best gak kalu pekena Roti Puri cicah kari tu...nyummies......nyummies..... Sebenarnya dah lama buat tapi tak masuk blog jer. Kali ni ai tempek resepi skali untuk tatapan mata dan minda anda dan juga senang nanti ai nak belek2 resepi ni bila teringin nak buat lagi...ahaks....

Resepi ni ai amik dari  enas_eryna@MyResepi. Kalau nak tengok resepi asal leh klik kat nama enas tu. Kat sini pun ai ada sertakan resepi untuk rujukan ai di masa2 akan datang.     

ROTI PURI
Sumber : UmmiSarahKitchen

Bahan-bahan ( dapat ler dlm 20 biji )

  • 4 cawan tepung gandum
  • 5 s/b marjerin atau kalau suka bole campur dgn minyak sapi(3s/b marjerin +2s/b minyak sapi)
  • 1 s/b susu manis (tak letak pun ok)
  • 11/2 s/k baking powder
  • 1 s/k garam
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Satukan tepung dgn baking powder dan garam
  2. Masukkan marjerin gaulkan sehingga sekata..
  3. Masukkan susu yg dicampur sedikit air..kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yg tak melekat di jari.
  4. bahagikan doh kecil-kecil sebesar 50 sen..akhir sekali canaikan doh..jgn terlalu tebal atau nipis...kemudian goreng..
Note Ummi : 
* Perlahankan api semasa menggoreng (kena pandai ejas api dapur - jgn terlalu kuat atau terlalu perlahan)
* Semasa goreng tu...curah2 kan minyak keatas roti supaya roti mengelembung macam belon dan balik2 kan roti supaya masak sekata.....
* Ummi bulat2 kan tepung mcm roti canai tu...kmd canai nipis dan goreng dalam minyak yg banyak....

Waahhh..... banyak tuh.... buleh mkn sekejiranan....hahaha... Ai buat dua adunan...kebetulan Miss 16 balik bercuti so ai buat banyak2 untuk bekal ke asrama..... apa lagi senggih jer lah dia dapat menjamu selera bersama kawan2 se bilik dia.

Apalagi.... cuba lah...memang tak rugi bagi yang belum mencuba tu.... buat sekali pasti nak buat lagi.... kalau malas nak masak kari... leh cicah ngan sambal sardin... sambal telor ker.... suka hati korang lah... perut korang kan!!!!.... yang penting kenyang......




No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...