Akhirnya.....terbuat jugak kek nih. Dah lama simpan jer resepi dan lihat jer sana sini orang duk tayang kek ni...geram jer nengok. Memandangkan cuti lama dan tak de permintaan untuk ari ni (kalu ada oder nak amik ari ni, petang or malam dah kena stand by tenaga hehehe) so petang semalam masuk dapur godek2 apa yang patut, menjadi lah kek kastad chiffon ni. Nampak pada resepi tu macam renyah or susah sbb banyak sangat part dia tu tapi bila dah buat tak de lah susah mana pun......bahan-bahan nya pun yang simple2 jer. Semua dah ada kat pantry tu. Kali ni I tempek sekali ngan resepi nya ya
.
KEK KASTAD CHIFFON
sumber asal resepi : Mars & K.Nor@SecubitGaram
sumber : UmmisarahkitchenBahan A (Karamel)
2 sudu besar gula pasirBahan B (Kastard/Puding)
2 keping roti gardenia
1 bj telur + 2 kuning telur - dikocok
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/3 cawan susu pekat
1/3 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan C (Kek)
120gm tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula castor
1/4 cawan minyak jagung
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan air
Bahan D (Kek)
5 biji putih telur
Bahan D (Kek)
5 biji putih telur
1/4 sudu kecil krim of tartar ~ k.nor skip & I pun skip
4 sudu besar gula halus
Cara membuatnya :
1. Masak gula dalam tin/loyang berukuran bulat 8" dengan api perlahan sehingga perang & hancur kesemuanya dan ketepikan.
2. Blend/kisar roti (tak perlu buang kulit tepi) bersama susu cair. Kemudian campurkan kesemua bahan B & gaul hingga sebati (gaul manja2 jer) & rehatkan sebentar.
3. Campurkan kesemua bahan C & gaul hingga sebati, halus & lembut.
4. Dalam mangkuk lain yg bersih & kering, pukul bahan D hingga kembang & ringan (soft peak). Kemudian masukkan C kedalam D & kaup balikkan perlahan2 hingga sebati semuanya.
5. Tuangkan adunan puding (B) ke dalam loyang gula hangus tadi, kemudian tuangkan adunan kek chiffon (C+D) ke atas lapisan kastard perlahan2.
6. Letakkan acuan kek ke dalam dulang yg berisi air 1/2 inci. Letakkan dalam oven & bakar dgn suhu 180°c selama 45 minit/sehingga masak (kaedah double boiling).
7. Bila masak, keluarkan dari oven & kena keluarkan kek ini ketika panas.
Caranya....gunakan spatula/pisau utk longgarkan tepi kek dari acuan & terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan. Lapisan karemel/kastard akan berada di atas.
notajari :
~ Elok ratakan karamel/gula hangus dgn belakang sudu ke seluruh permukaan loyang ketika ia masih panas (cair).
~ Sekiranya anda ingini kek berwarna warni. Bahagikan adunan kpd 2 @ 3 bahagian & warnakan dgn warna pilihan anda. Kemudian sendukkan perlahan2 berselang seli ikut kreativiti masing2.
~ Berdasarkan pengalaman mak membuat kek shiffon. Seeloknya gunalah tepung naik sendiri atau tepung halus (kena + serbuk penaik) utk semua jenis Kek Chiffon sbb ia akan menjadikan tekstur kek ni halus mulus bila dipotong & lagi sedap bila masuk mulut. Jika guna tepung biasa, teksturnya kelihatan sedikit kasar.
* K. Nor bakar dgn suhu oven 160c lebih kurang 50-55 min. K.Nor rendahkan suhu oven supaya kek tidak naik terlalu membumbung dan supaya kek tidak melimpah keluar dr loyang. Puding karamel yg dihasilkan tidak menghasilkan banyak air yg meleleh bila ditelangkupkan kek pd pinggan jd kek tidak lah basah lencun bahagian bawahnya tu.
# Ummisarah guna loyang 10" bulat dan bg I mmg ngam ngan loyang 10" ni. I guna tepung gandum jer dan di ayak 3 kali. I juga guna gula pasir jer bkn gula halus (x de stok)
Inilah rupa Kek Kastad Chiffon ku....yang dalam loyang tu nampak ada lubang2 tu kan, aku cucuk nak tengok kek dah masak ke belum tapi besa ah aku sekali cucuk tak puas hati...tu ah sampai 3 lubang tu...wakaka.....Miss 4 makan 2 slice dia cakap sedap tapi kan kalu dia cakap sedap tu mmg sedaplah rasanya sbb dia ni memilih sikit orangnya......jarang makan kuih2 bagai. So....QC past lah tu makna nyer......
No comments:
Post a Comment