Thursday, 21 August 2014

Cheese Meleleh vs Snow Cheese dan Red Velvet

Assalamualaikum..... Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yang sudi singgah di sini. Maaf kalau ada bahasa yang kurang menyenangkan sepanjang ai berblog ni..... 0..0  ok....

Maaf juga sebab memang teramat lama ai tak meng-update blog ai ni. Sepanjang Ramadhan dan juga syawal ni boleh dikatakan sibuk lah jugak hehehe....(bukan buat2 sibuk ok..). Sebenarnya ai nak update Talam2 yang melambak2 order sepanjang bulan puasa dan raya tapi lupa lak mana ai letak buku senarai yang customer ai order tu.... so kita tengok lah kek ni dulu ya...

 


Cheese Leleh dan juga Red Velvet ni ai buat minggu terakhir sebelum kita sambut ramadhan..... 2 ke 3 kali order jugak ai buat tapi gambar yang ni je lah ai masuk ya sebab lebih kurang jer....




Yang ni lak order sebelum raya (last day sekolah) Cis leleh dan RV jugak. Kali ni ai buat sekali jer sebelum raya dan ordernya 50++ pek jugak ai kena buat.... mak aih.... penat lah jugak.... maklumlah tak ada assistant.... yang ada cuma hubby ai jer.... bolehlah tolong basuh2 pinggan hihihi....


Siap pek dalam plastik cam g2 dan siap ngan nama pemilik hehehe....senang nanti nak di bahagi2 kan pada tuan punya. Tak ada lah silap nama dan kek ya tak? Terima kasih banyak2 pada yang selalu repeat order ngan USK ni ya. Terutama dari guru2 Sek keb kg. baru dan juga sek ren islam Al Amin Kerteh dan terima kasih pada Fatimi dan Nur Ailmi yang bersusah payah mengumpulkan order2 itu..


Snow Cheese - 1st time ai buat dan sungguh bertuah Nurin Aini Afrina aka anak sedaraku... sempena hari lahirnya yang ke 12. Nurin sambut birthday kat sekolah kebetulan ada majlis berbuka puasa kat sekolah dia. Boleh lah geder2 ngan kawan-kawan.


Selamat Hari Lahir Nurin.... study smart for your UPSR tak lama lagi..... moga sentiasa diberkahi dan dilindungi Allah..... Dunia dan Akhirat.

No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...