Saturday, 28 January 2012

Majlis Akikah dan Buaian Berendoi Cukur Jambul

Assalamualaikum dan salam sabtu untuk semua... last entri untuk Majlis cukur jambul setelah bersiaran selama beberapa hari dan ini mungkin juga entri ai yang paling panjang...hehehe...di harap anda semua ceria menatapnya.

Sebenarnya majlis Akikah dan Cukur Jambul ni adalah Majlis my cousin... ai cuma memeriahkan lagi dan mengambil kesempatan ni untuk menghiasi blog ai....dan mungkin nanti boleh dijadikan kenangan dan tatapan untuk anaknya. 

Untuk Mrs. n Mr. Luc.... mekasih dari Ummisarahkitchen kerna memberi kepercayaan untuk menyediakan doorgift dan juga kek dan cup cakes untuk para tetamu. Moga berpuashati dan harap2 kita boleh berkerjasama lagi .....
 
 
Goodies untuk para tetamu dan Group Bacaan Yaasin. Cekedis tu sponsor dari kawannya Wanie, Dalam kotak tu Bahulu, siap ngan model skali.hahaha....kucing meow2 tu ada gula2 kat dalam tu. Yang ni tuan punya buat sendiri dan muffin coklat pisang, apam ladybird, Lollipop angry bird dan cupcakes tu dari ai lah....

Buah cicah coklat atau panggilan glemer buah bersalut coklat.... yang ni tuan rumah yang sediakan...nyum2 rasanya bila buah disalut coklat. Macam2 buah ada..... marshmellow pun ada.... Fountain tu boleh disewa. Sila bagitahu ai ya kalu ada sape2 yang nak sewa Fountain tu.

Tidak ketinggalan krew2 dibelakang tabir @ AJK pengurusan dan pembukusan makanan...hahahaha...dan juga AJK Overacting....tengok lah tu busy2 pun sempat lagi posing maut...tak tergeliat ker pinggang nye Cik Awin wehh....cer tengok pembancuh air tu...import mali....dari Swiss lagi...wakakakaka.....sure air tu terlebih sedap jadinya...

Selesai bab2 makan minum kita gi ke bab Cukur Jambul dan bacaan Yaasin lak. Ramai jugak jemputan yang hadir pada petang jumaat yang berkah ni. Harap2 semua dapat menafaat dari Majlis ni. Merdu menyentuh hati dan naluri bila mendengar alunan bacaan dari salah sorang ahlinya yang buta penglihatan. Subhanallah....meremang bulu romaku mendengarnya...sungguh indah ciptaan Tuhan.

Tiba masa nak gunting rambut Emil... tengok lah aksi2nya.... takut bila orang pegang rambut dia...ala....dah tak encem dah emil...rambut kontot2..huhuhu....Pelamin yang cantik hasil ciptaan Mummy Emil and The Gang....syabas for you olls.....


Hah...yang ni memang best.....Puding Kasih Bertaut hasil "Buatan" cik Ani kita. Terang hati cik ani kita ni...ai bagi resepi je kat dia, suruh dia buat sendiri....menjadi dan sedap....bagus2. Lain kali aku boleh duk goyang kaki lak...dah ada yang boleh diharap..hehehee.... Mee goreng tu ai buat untuk Group potong dan siang daging (Lembu). Di hidang bersama puding buah koktel dari Pn. Yati tapi diorang lupa nak amik gambo...kesian ko yati ...diaorang ni mmg...dengki ke mung ah tu...

Yang muffin coklat pisang tu sudah semestinya dari ai...entri mencelah sikit, sehari selepas majlis tempahan dari Yati 200 pcs dan Mariam 100 pcs. Yati juga order apam ladybird 100 pcs sebagai bekalan perjalanan ke Pekan untuk majlis pertunangan adik iparnya. Terima Kasih semua di atas sokongan anda. Moga kita dapat berurusan lagi di masa akan datang.


No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...