Assalamualaikum..... salam pagi jumaat semua. Mesti sibuk hari ni kan.... maklumlah hari jumaat kat ganu ni cuti so aktiviti membasuh, mengemas dan macam2 lagi nak di buat hari ni. Mesti huru hara jugak bagi yang ramai anak ya tak? terpekik - pekik nak kena suruh basuh kasut....jemur baju... kemas rumah....haih...penat mendengarnya kan tapi lagi penat nak menguruskannya...
Hari ni kita tengok Doorgift kek gula hangus untuk Majlis Cukur Jambul Muhammad Faress Iman yang telah berlangsung pada hari jumaat lepas.
1st time ai buat kek gula hangus as doorgift macam ni. Biasa nya ai buat kek coklat moist jer untuk pek yg mcm ni. Pikir punya pikir tiba2 datang idea macam ni. ok gak kan....
Siap 100 pcs doorgift kek gula hangus ini untuk di bahagi2 kan pada para jemputan yang hadir. Sebenarnya Muhammad Faress iman ni anak sedara ai yang lahir kat kota bahru nun tapi balik berpantang kat kerteh ni. Tu la pasal susah sangat duk pikir apa nak buat untuk buah tangan ni hehehe....
Yang ni untuk makan2 kita...kita...ajer...
Ini rupa kat dalam dia... kek gula hangus ada yang panggil kek sarang lebah dan kalu belah kelate panggil kek span. Kalu ada sape2 yang berminat boleh pm/msg/wsap untuk tempahan..ok.
No comments:
Post a Comment