Monday, 3 September 2012

PUDING TRIFFLE - EDISI TERKUMPUL

As Salam semua.... doaku moga anda semua sihat walafiat di samping tugas harian dan family terchenta.... ai? macam biasa lah..... pagi pergi kerja...petang balik ..... lepas tu kalau ada order buat jer..... hahaha. Edisi terkumpul lagi tapi kali ni untuk Puding Triffle laks. Untuk tidak membuang masa anda membaca bebelan ai dengan panjang lebar lagi..... kite tatap jer lah gambar2 yang tak berapa nak comel ni. Sorry lah kalu ia meng-terliurkan uolls ya. Kalau yang duk dekat2 ai tu bolehlah oder ya tak? tapi kalau yang duk jauh2 tu silalah buat sendiri ya. Resepi pun dah pernah ai siarkan kat blog ai ni. Selamat Mencuba...

 Lepas pipe fresh cream

 Tabur kacang cincang dan Strawberry cincang


Semua Triffle tu ai buat semasa bulan puasa ari tu untuk Miss 16 bawak ke asrama berbuka puasa ngan member2 dia. Itulah kerja ai tiap2 ari sabtu.... sibuk siapkan bekal dia. Bukan sikit2 dia bawak, yang atas sekali tu satu bekas lepas tu yang dalam tupperware tu pun dia bawak juga dalam 6 bekas kalau tak silap ai. Haihs..... kenduri sakan lah dia...... tapi bagus jugak kan bulan baik ni buat amal sikit hehehe..... maklumlah kadang2 member yang jauh tak balik ke rumah tapi Miss 16 ni tiap2 minggu suh ai gi ambil dia kat hostel tuh.

 Sebelum letak fresh cream

Selepas letak fresh cream dan di taburi badam panggang.....mmmmnnnnn yummies...

Yang ni laks ai buat untuk majlis pertunangan adik ai pada raya ke 5 lepas. Kata orang 'Pencuci Mulut' lah konon.... hehehehe (cuci mulut ngan air lah kan? penat2 ai buat.... ngap jer lah lagi seedaapp). Tapi kan wa cakap lu....(rock ckit)  Triffle ni memang sedap bila letak fresh cream dan badam panggang tu... marbelessss. Kruk...kruk... kunyah badam tu....sambil mulut pun berkata2.... mmnnnmmmm.......mmnnnnmmm... wakakaka.....



Triffle ni lak untuk Jamuan Raya Miss 5 - yg bekas petak besar dan untuk my darling hubby bawak ke office ber jamuan bersama member2 nya. Mencabar jugak ya kalau dah banyak macam ni. Bekas petak tu boleh tahan besar juga. Ukuran bawah tu 4.5" dan ukuran atas 5" sebanyak 20 pcs. Leceh sikit lah nak buat nya satu-satu nak kena letak kek lepas tu basahkan kek ngan air buah koktel tu, masukkan kastad lepas tu tabur buah koktel lak, curah ngan jelly. sejukkan. 

Lepas tu pagi2 ai pipe fresh cream dan tabur badam, tutup dan  simpan dalam peti ais sebelum hubby datang ambil kul 10 pagi. Sekarang uolls dah tahu kan susah senang nak buat Triffle ni..... so, kalau harganya mahal jangan lah uolls complaint plok..... itu lah yang sebenarnya nak cakap....hahahaha. Setengah2 orang jual tak de letak fresh cream bagai kan? harga pun kureng lah jugak... jangan tak tahu U...

Siap ngan sudu.....senang nak makan nanti.

No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...