As Salam.... semua tahu kan hari ahad lepas bersamaan 13 Mei adalah hari Ibu.... ada yang sambut dan ada juga yang tak menyambutnya.... bagi ai tak salah menghargai bakti Ibu untuk kita kan... lagipun kita rai or bagi hadiah or apa2 pun adalah untuk ibu kita jugak kan bukan untuk ibu orang lain dan sementara ibu masih ada apa salahnya kita meraikannya.... mengembirakan hati Ibu dan membuatkan ibu berasa dirinya dihargai ya tak?
Kek Lapis Evergreen Kukus
1st time buat kek ni... resepi asal dari Dayang Jack yang memang mantop dalam membuat kek2 lapis nih. Semua kek lapis Dayang memang cantik dan meleleh liur nampak.... tak macam ai punya sememeh jer kan? tapi tak per lah kan practice makes perfect kan..kan...hehehe (dah memang tak comel ..ngaku jer lah...) kalau korang nak cuba..try...test... leh tengok resepi kat bawah tu.... Mintak share ya Dayang...
Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
Posted : ummisarahkitchen
Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)
Lapisan Hijau
- 10 biji kuning telur A
- 225g mentega berkualiti tinggi
- 1/3 cawan gula halus
- 1/4 tin susu pekat manis
- 1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
- 1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
- 1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)
Lapisan Putih :
- 1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
- 225g mentega berkualiti tinggi
- 10 biji putih telur A
- 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
- 1/2 tin susu pekat manis
Cara-cara
Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.
Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)
Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.
- Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
- Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.
***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama
***Untuk kek ni DJ buat 1/2 adunan je dan menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5"
***Untuk kek ni DJ buat 1/2 adunan je dan menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5"
Ok... cuba lah buat pada sape2 yang terlebih rajin tu... kalau malas2 baik tak yah buat nanti tak menjadi korang jugak yang frust menonggeng nanti.... ai punya pun rasa2nya kureng menjadi jgak ..... kaler nya macam bercampur ckit masa mengukus tu padahal bukan main lg ai sukat2 adunan tu bagi sama berat.... frust jgak lah tapi ckit jer... so apa2 pun
"SELAMAT HARI IBU"
...istimewa buat ibuku Munah Binti Sulong.... moga Allah sentiasa memberi kesihatan & kegembiraan sepanjang hayatmu...Amin.
No comments:
Post a Comment