Saturday, 3 December 2011

Talam Keladi

Dah lama resepi ni terperap semenjak beli steamer ngan Chef Asma ari tu beli skali ngan resepi.....adalah dalam 21 resepi Talam. Balik kerja hari khamis lepas singgah tepi jalan yang menjual bermacam2 jenis ubi so I beli lah ubi keladi n keledek. Pikir juga lah kalu terlebih rajin kan bolehlah buat Talam tapi kalu rasa malas tu...rebus jer boleh makan begitu saja.....pun sedap hehehe...

Tapi nampaknya terlebih rajin lah kan...sebab tu lah buleh menjadi Talam Keladi ni....excited sangat nak tahu hasilnya aku potong jer masih tengah suam2 panas so sememeh lah ckit....tapi tak per lah kan nak makan jugak...hahaha....layan jer gambo aku ni dan kita tengok resepinya sekali ya.

Sesapa yang teringin nak makan tu bolehlah cuba resepi ni. Rasanya memang sedap lemak2 gitu. Kalau letak dalam esbok lagi sedap rasanya sejuk2 dan nyaman jer....Selamat Mencuba

TALAM KELADI

Resepi Asal : Chef Asma
Sumber : Ummisarahkitchen
 
Lapisan Bawah :

(A)
200GM @ 220GM Tepung beras cap teratai
20gm @ 40gm Tepung ubi
1 ½ tsp Garam
300ml Santan Pekat
700ml Air

(B)
200gm @ 250gm Keladi (Lebih sikit pun boleh) – buang kulit, basuh dan potong dadu – Kukus 5 minit (Kukus dulu baru timbang) – basuh dgn air garam utk tidak hitam

 Cara-caranya :- 
1. Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap & masukkan bahan B
3. Kacau sebentar, tuang ke dalam Loyang.
4. Kukus selama 25 minit (Api kuat tak perlu lap)

 LAPISAN ATAS
150gm @ 180gm Tepung gandum
250gm Gula Halus
3 @ 4 @ 5 biji telur
250ml santan
500ml Air
Sedikit warna purple

Cara-caranya :- 
1. Bancuh semua bahan-bahan di atas, tapis ke dalam periuk
2. Masak hingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit (Lap 5 minit sekali)

Nota : Loyang 10” x 10” x 1”

No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...