Thursday, 11 September 2014

KKC for Adwa Arshad 7th Birthday

Assalamualaikum...... salam khamis pada semua moga sentiasa ceria. Esok dah start cuti sekolah untuk terengganu kite...yahuuuu..... tapi cuti sekolah pun sibuk juga untuk ai yang kerja tak tentu masa ni. Kadang2 cuti macam ni lah banyak order masuk maklumlah.... anak2 yang duk jauh balik rumah so siap suruh mak2nya order kue lah... kek lah.... macam2 nak makan kan? itu tak termasuk Miss 18 yg belajar kat kedah sana... siap order lagi nanti nak balik raya haji...haih...


Kek Kastad Chiffon ni untuk hari lahir Adwa Arshad anak cikgu Linda yang selalu order Talam ngan ai. KKC ni pun memang ramai peminat sekarang. Untuk sambut birthday pun boleh.... asalkan kreatif dekonya..... tentu kanak2 suka ya tak..

Size 10 x 10in plus deko with fresh cream cuma tulisan tu ai guna butter cream. Plus edible image  = RM65.00

 Fatimi punya....size 8 x 8in = RM35 tanpa deko

Cikgu DA punya.... sz 8 x 8in juga.... kalau nak deko boleh contact ai ya. Kadang2 ai tak boleh nak letak harga sebab deko depend pada permintaan.


Tuesday, 9 September 2014

Birthday Cake Frozen Theme lagi....

Assalamualaikum..... apa kabo semua dan apa kabo juga pada ibu-ibu yang nerbes sebab anak2 yang menduduki peperiksaan Upsr hari ni hik..hik..hik... banyak2 lah berdoa moga anak kita selamat dalam ujian ni hingga khamis nanti. Moga mendapat ilham dan petunjuk dari Allah s.w.t


Birthday cake tema frozen lagi.... kali ni ai gabungkan dua orang tuan punya birthday untuk entry ni. Deko kek pun lebih kurang juga kan.... tapi perisa kek ni lain2. Glemer ko olaf.... mesti banyak ko dapat royalti kan hehehehe....



"Amalin is 6" Happy Birthday to Amalin. Kek Amalin ni Vanilla sponge blueberry and BC filling dan toppingnya pun BC jugak.


Kek ni laks untuk Safiah. Order dari jauh tapi sambut kat kg di Kerteh. Selamat Hari Lahir untuk SAFIAH....



Kek Coklat Moist Filling and Topping cream cheese. Moga semua berpuas hati dengan kek USK nih. Selamat Hari Lahir.... semoga menjadi anak2 yang solehah dan berjaya....

Sunday, 7 September 2014

2 Tier Wedding Cake Blue Theme

Assalamualaikum..... salam ahad pada semua. Syawal sudah menghilang.... yang pasti perjalanan mesti diteruskan jua..... moga berjumpa lagi kita Ramadhan dan Syawal tahun depan. Tapi ai punya post hari ni masih lagi bulan syawal punya order. Wedding cake untuk anak sedara sebelah hubby ai yang duk nun di kelantan. Majlis berlangsung pada 6 syawal yg lepas.

Blue Theme...menyibuk lah plok meja kek tu...hehe

Red Velvet (bawah) Snowy Peach (atas)



Jauh perjalanan kek ni... kek jer ai buat siap2 kat kerteh cream and deko semua ai buat kat kelate sana. Simple deko jer maklumlah tak banyak masa.... balik kg pun dah lewat.


Inilah dia pengantin muda.....hehehe.... Selamat Pengantin Baru semoga berbahgia selalu till jannah.

Tuesday, 2 September 2014

Talam untuk Ramadhan dan Syawal

Assalamualaikum..... hari ni kita update Aneka Jenis Talam start bulan Ramadhan hingga lah ke Syawal. Memang banyak sesangat tapi ai masuk mana2 yang ai sempat dan yang ai ingat jer.... sorry pada yang tertinggal namanya..... bukan tak nak masuk blog ni tapi memang lupa lah tu or memang ai tak remark dalam list..... sebab kalau yang last minit order tu ai tak masuk list.... terus buat.

26/06/14 - Talam Chendol RM28 utk cgu AlAmin

27/06/14 - Talam Chendol (RM28) dan Keladi (RM30) - Pn. Puteh

02&03/07/14 - Talam Chendol, Talam Keladi, Talam Suji - Cikgu Al Amin

 06/07/14 - Talam Keladi - Cikgu Al Amin

 09/07/14 - Talam Tokyo (RM30) - Yati

10/07/14 - Chendol 3, Lapis 2 - Cgu Syafa

13/07/14 - Talam Keladi 2, Talam Roti Coklat Stoberi (RM35) 

15&16/07/14 - Talam Tokyo 3 - Al Amin

16/07/14 - Talam Lapis Diplomat - RM35


24/07/14 - Talam Tokyo - Small pek dan Kek Kastad


07/08/14 - Talam Tokyo, Lapis n Keladi dan Kek Kastad untuk Jamuan hari raya - Al Amin kerteh

08/08/14 - Talam Chendol (cgu Al Amin) dan Tokyo (adik ai)

13/08/14 - Talam Roti Stoberi, Talam Lapis Diplomat & Triffle - Nur Anida

14/08/14 - Pn. Fatimi : Talam Keladi, Triffle & Muffin Coklat. Cgu Linda : Talam Keladi & Kek Kastad

15/08/14 - Ziela : Talam Keladi 2, Talam Tokyo 1, satu lg lupa nama....huhu

22/08/14 - Pn. Zatil - Talam Seri Muka pandan (RM35) 2 pcs, Talam Tokyo dan Talam Keladi

23/08/14 - Mai dari kemasik order 8 biji Talam untuk open house. 2 biji setiap jenis - Talam Keladi, Tokyo, Chendol dan lapis Diplomat.

23/08/14 - kawan pada Zatil... Serimuka pandan dan talam tokyo untuk open house jugak kot.... pada mulanya tuan nya nak talam keladi tapi keladi dah habis stok....lain kali lah ya....

28/08/14 - Talam Keladi ni untuk Cgu SKKg Baru.... pek kecil. 26/08/14 - Cikgu Laili dari SMK Kerteh pun ada order juga untuk jamuan sekolah.

01/09/14 - Talam Tokyo dan Talam Keladi untuk Tie kg. chabang. Dan juga untuk Kak Ma - Talam Keladi 02/09/14.

Fuhhh.... bayangkanlah bulan Ramadhan dan syawal baru2 ni.... memang ai tak menang tangan di buatnya.... itu tak termasuk kek dan juga muffin.... kek kawin lagi....tapi tak apalah rezeki kan.... lagipun tak sampai hati nak hampakan permintaan pelanggan2 ai yang kebanyakkan nya selalu repeat order... selagi mampu ai buat ...ai akan buat.....semuanya keranu Mu.... customerku...hehehehe....

Monday, 25 August 2014

Kek Kastad, Muffin & Triffle untuk Majlis Sambutan Hari Raya

Assalamualaikum.... Salam hari isnin moga anda semua sihat sejahtera selepas raya nih....hehehe. Open house banyak sangat so jaga2 ya sape yang on diet tu dan sape yang tak kuasa nak diet (macam ai ler) tu.... ingat2 sikit jangan sampai tumbang hahahaha....


Size 8in

Kek Kastad untuk sambutan hari raya kat Sek Ren Al Amin Kerteh. Yang ni Miss 7 (anakanda) ai yang bawa untuk di beri pada guru2nya. Bersama muffin dan juga air kotak. Sebelum ni pun GB ada order jugak kek Kastad ni tapi tak de hias2 macam ni lah just for makan2.

Size 10in

Cikgu Linda dari SMK Kerteh order untuk majlis hari raya jugak.... simple deko jer. Sebenarnya kek ni tak de deko2 bagai tapi untuk majlis2 tertentu ai buat lah jugak tanpa apa2 cas terutama untuk sekolah atau keraian tertentu...... tapi for personal yang nak hias bagai tu ai akan kenakan cas mengikut size kek dan deko apa....


Size 10in

Yang ni anak sedara ai .. Iris Irdina. Iris nak buat majlis hari raya kat tadikanya di Kuantan. 50 pcs Muffin Coklat untuk Iris juga....

Istimewa untuk Iris...hehehe Siput Cute.... hish....abis comot lipstik ku ...makan kek nih...


Inilah rupa sebenonya kek kastad nih... tanpa make up bagai. Kek ni Cikgu Rosliza dr SMK Kerteh yang mintak.... mungkin tak sempat makan yang ari tu dak???? Kek size 10in ni juga di buat untuk Kak Za... pun untuk majlis hari raya kat sekolah anaknya Rantau Petronas. 

Muffin Coklat Pisang untuk Miss 7

Untuk Pn Yati punya anak - Majlis hari raya SKKg Baru - 70pcs

Repeat order dr Pn. Yati untuk majlis hari raya kat Taman rumahnya.

Order dr Pn. Zaliha untuk anaknya - Majlis Hari Raya Tadika Kg. Baru

Triffle untuk Nuranida.... sempena last day kat sekolah SRIAAK. Nuranida order bersama Talam juga....



Pavlova... order dari Cikgu sekolah SKKg Baru. Lupa lah nama cikgu heheheh..... Pavlova ni order masa dalam puasa ari tu.

Terima kasih pada semua yang berurusan dengan USK. Harap semua berpuas hati dengan layanan dan produk homemade kami..... moga kita dapat berurus niaga lagi di lain kali.... TQ VVM 

Friday, 22 August 2014

Snowy Peach untuk bulan July.......

Assalamualaikum....... bersiaran lagi kita hari ni. Mai kita tengok kek apa untuk sesiapa sahaja yang sambut birthday ka..... anniversary ka..... etc...etc....hehehehe pada bulan Julai lepas.

Sebenarnya ai punya adik beradik....ipar dan anak sedara ramai yang birthdaynya jatuh pada bulai Julai. tapi di sebabkan bulan Julai tu kita puasa so ai buat lah kek nih sebiji untuk dipotong beramai -ramai semasa BBQ kat rumah sepupu ai pada malam raya ke2 lepas......


Snowy Peach Custard Cream Cake..... itulah nama kek nih. Deko jer yang selalu ai ubah2 ikut mood dan selera ai lah... Deko meriah gini ai buat untuk anak beranak ai jer tapi kalu uolls nak deko mcm ni jugak....costnya lebih lah ya... tau2 ajelah harga cherry and stoberi tu.


Coklat lagi....yummy...yummy...


Harga Snowy yang biasa RM70 per resepi. (9in bulat). Ai tak kira berat kek tapi kira resepi. Kalau kira berat nanti tak larat plok uolls nak bayo..... hehehehe. Kalau nak byk deko mcm kat atas ni kena call ai lah ya.


Inilah dia separuh darinya yang sambut birthday dan yang berdua tu sambut anniversary.... yang lain2 ada yang tak sempat bergambar ada hal masing2.
 

Pada sesape yang sambut birthday tu.....Selamat Menyambut Hari Lahir dan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan pada yang berkenaan.....hiks...hiks...hiks...

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...