Monday 25 August 2014

Kek Kastad, Muffin & Triffle untuk Majlis Sambutan Hari Raya

Assalamualaikum.... Salam hari isnin moga anda semua sihat sejahtera selepas raya nih....hehehe. Open house banyak sangat so jaga2 ya sape yang on diet tu dan sape yang tak kuasa nak diet (macam ai ler) tu.... ingat2 sikit jangan sampai tumbang hahahaha....


Size 8in

Kek Kastad untuk sambutan hari raya kat Sek Ren Al Amin Kerteh. Yang ni Miss 7 (anakanda) ai yang bawa untuk di beri pada guru2nya. Bersama muffin dan juga air kotak. Sebelum ni pun GB ada order jugak kek Kastad ni tapi tak de hias2 macam ni lah just for makan2.

Size 10in

Cikgu Linda dari SMK Kerteh order untuk majlis hari raya jugak.... simple deko jer. Sebenarnya kek ni tak de deko2 bagai tapi untuk majlis2 tertentu ai buat lah jugak tanpa apa2 cas terutama untuk sekolah atau keraian tertentu...... tapi for personal yang nak hias bagai tu ai akan kenakan cas mengikut size kek dan deko apa....


Size 10in

Yang ni anak sedara ai .. Iris Irdina. Iris nak buat majlis hari raya kat tadikanya di Kuantan. 50 pcs Muffin Coklat untuk Iris juga....

Istimewa untuk Iris...hehehe Siput Cute.... hish....abis comot lipstik ku ...makan kek nih...


Inilah rupa sebenonya kek kastad nih... tanpa make up bagai. Kek ni Cikgu Rosliza dr SMK Kerteh yang mintak.... mungkin tak sempat makan yang ari tu dak???? Kek size 10in ni juga di buat untuk Kak Za... pun untuk majlis hari raya kat sekolah anaknya Rantau Petronas. 

Muffin Coklat Pisang untuk Miss 7

Untuk Pn Yati punya anak - Majlis hari raya SKKg Baru - 70pcs

Repeat order dr Pn. Yati untuk majlis hari raya kat Taman rumahnya.

Order dr Pn. Zaliha untuk anaknya - Majlis Hari Raya Tadika Kg. Baru

Triffle untuk Nuranida.... sempena last day kat sekolah SRIAAK. Nuranida order bersama Talam juga....



Pavlova... order dari Cikgu sekolah SKKg Baru. Lupa lah nama cikgu heheheh..... Pavlova ni order masa dalam puasa ari tu.

Terima kasih pada semua yang berurusan dengan USK. Harap semua berpuas hati dengan layanan dan produk homemade kami..... moga kita dapat berurus niaga lagi di lain kali.... TQ VVM 

Friday 22 August 2014

Snowy Peach untuk bulan July.......

Assalamualaikum....... bersiaran lagi kita hari ni. Mai kita tengok kek apa untuk sesiapa sahaja yang sambut birthday ka..... anniversary ka..... etc...etc....hehehehe pada bulan Julai lepas.

Sebenarnya ai punya adik beradik....ipar dan anak sedara ramai yang birthdaynya jatuh pada bulai Julai. tapi di sebabkan bulan Julai tu kita puasa so ai buat lah kek nih sebiji untuk dipotong beramai -ramai semasa BBQ kat rumah sepupu ai pada malam raya ke2 lepas......


Snowy Peach Custard Cream Cake..... itulah nama kek nih. Deko jer yang selalu ai ubah2 ikut mood dan selera ai lah... Deko meriah gini ai buat untuk anak beranak ai jer tapi kalu uolls nak deko mcm ni jugak....costnya lebih lah ya... tau2 ajelah harga cherry and stoberi tu.


Coklat lagi....yummy...yummy...


Harga Snowy yang biasa RM70 per resepi. (9in bulat). Ai tak kira berat kek tapi kira resepi. Kalau kira berat nanti tak larat plok uolls nak bayo..... hehehehe. Kalau nak byk deko mcm kat atas ni kena call ai lah ya.


Inilah dia separuh darinya yang sambut birthday dan yang berdua tu sambut anniversary.... yang lain2 ada yang tak sempat bergambar ada hal masing2.
 

Pada sesape yang sambut birthday tu.....Selamat Menyambut Hari Lahir dan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan pada yang berkenaan.....hiks...hiks...hiks...

Thursday 21 August 2014

Cheese Meleleh vs Snow Cheese dan Red Velvet

Assalamualaikum..... Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yang sudi singgah di sini. Maaf kalau ada bahasa yang kurang menyenangkan sepanjang ai berblog ni..... 0..0  ok....

Maaf juga sebab memang teramat lama ai tak meng-update blog ai ni. Sepanjang Ramadhan dan juga syawal ni boleh dikatakan sibuk lah jugak hehehe....(bukan buat2 sibuk ok..). Sebenarnya ai nak update Talam2 yang melambak2 order sepanjang bulan puasa dan raya tapi lupa lak mana ai letak buku senarai yang customer ai order tu.... so kita tengok lah kek ni dulu ya...

 


Cheese Leleh dan juga Red Velvet ni ai buat minggu terakhir sebelum kita sambut ramadhan..... 2 ke 3 kali order jugak ai buat tapi gambar yang ni je lah ai masuk ya sebab lebih kurang jer....




Yang ni lak order sebelum raya (last day sekolah) Cis leleh dan RV jugak. Kali ni ai buat sekali jer sebelum raya dan ordernya 50++ pek jugak ai kena buat.... mak aih.... penat lah jugak.... maklumlah tak ada assistant.... yang ada cuma hubby ai jer.... bolehlah tolong basuh2 pinggan hihihi....


Siap pek dalam plastik cam g2 dan siap ngan nama pemilik hehehe....senang nanti nak di bahagi2 kan pada tuan punya. Tak ada lah silap nama dan kek ya tak? Terima kasih banyak2 pada yang selalu repeat order ngan USK ni ya. Terutama dari guru2 Sek keb kg. baru dan juga sek ren islam Al Amin Kerteh dan terima kasih pada Fatimi dan Nur Ailmi yang bersusah payah mengumpulkan order2 itu..


Snow Cheese - 1st time ai buat dan sungguh bertuah Nurin Aini Afrina aka anak sedaraku... sempena hari lahirnya yang ke 12. Nurin sambut birthday kat sekolah kebetulan ada majlis berbuka puasa kat sekolah dia. Boleh lah geder2 ngan kawan-kawan.


Selamat Hari Lahir Nurin.... study smart for your UPSR tak lama lagi..... moga sentiasa diberkahi dan dilindungi Allah..... Dunia dan Akhirat.

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...