Friday 27 June 2014

Frozen Cake for My Princess Iylia

" Let it go........ let it go..... 
  That perfect girl is gone....
  Here I stand in the light of day....
  Let the storm rage on !!!!
  The cold never bothered me anyway... "

Duumm.... tutup pintu...sib baik tak berkecai pintu ais dia tu..... hihihi..

Assalamualaikum...... pernah nampak or dengar or apa2 lah yang berkaitan ngan ayat2 di atas? ntah2 korang semua ni pun siap hafal lagi tak?... hehehe. Mmmm.... macam ni lah rasanya bila ada anak dara. Semua nak Frozen punya stail sib baik tak demand lebih2 kalu tak fengsan ai nak buatkan.


Red Velvet birthday Cake tema Frozen. Ni memang Miss 7 (anak ai ler...) punya request untuk birthday dia. Sebulan sebelum bday dah siap order... tiap2 hari tanya haribulan and lepas tu kira brape hari lagi bday dia.... haih....


Kek mesti 2 tingkat.... lagi banyak tingkat lagi bagus katanya. Bentuk kek mesti petak.... dan yang penting mesti ada actors frozen.... uwaaaa.... demand betul.

Nah ko... ai bagi ngan ais2 skali hehehehe..... biar beku terus.

 
Olaf tolong pegang lilin..... tapi jaga2 nanti cair ko olaf.... (hah! adakah aku jg terpengaruh ngan crite tu??) hahahaha..... mana tak nya kalau dia pasang cd tu jer satu hari suntuk.

 Terima kasih pada semua yang bagi hadiah kat Miss 7 ya.


Selamat Hari Lahir untuk anak Ummi ~ Nur Iylia Mysara ~ moga sentiasa di berkati Allah Hidup mu di dunia dan juga akhirat.....amin.



Yang ni lak untuk kawan2 kelas Miss 7. Suruh ai buat juga untuk di bahagi kan pada kawan2nya. Ini pun ai buat selepas 2 hari sekolah buka.... lepas hajat dia.... fuhhhh....lega dah rasa.

Thursday 26 June 2014

RV for Aliff Turns 9

Assalamualaikum...... Selamat Hari Khamis..... lagi dua hari dah nak puasa. Macam mana dengan persiapan menyambut Ramadhan tahun ni. Harap2 semua dah bersedia lebih2 lagi para ibu2 yang sudah semestinya yang paling sibuk kan. 

 
Red Velvet cake untuk Aliff's Birthday. RV ni merupakan kek yang paling di sukai oleh family ni. Selalu order RV untuk apa2 majlis sekalipun. Peminat tegar.... tak tahu dah ai nak deko macam mana... so ai buat jer 2 tingkat dan deko ruffle jer. Tapi tak nampak sangat tingkat nya sebab kek lebih kurang jer besarnya. Cream cheese kalau tak cukup sejuk memang nampak comot sikit bila deko....



Itu dia tuan punya birthday yang pakai baju kuning. Sambutan untuk family jer dan di buat malam hari sebab tu lah semua pakai baju tido hehehe.....

Hah!!! budak nakal baju biru tu nak curi lilin... tangkap dia......hahahaha

Wednesday 25 June 2014

Doorgift : Kek Gula Hangus

Assalamualaikum.... bertemu lagi kita hari ni. Kita tengok lak doorgift untuk Majlis Doa Selamat aka Lenggang Perut untuk adik ai. Kek Gula Hangus sebagai doorgift untuk tetamu yang datang. Cepat dan senang untuk diuruskan kalu terdesak or last minute oder....



Talam Keladi dan Talam Chendol juga untuk pemanis mulut. Amat sesuai untuk majlis2 seperti ini.


Kek Gula Hangus ni ai buat sebagai buah tangan untuk adik ipar ai sempena majlis perkahwinan 2 orang adik perempuannya..... boleh lah jamu para tetamu yang datang.

Tuesday 24 June 2014

Fruit Tart, Cheese Leleh dan RV

Assalamualaikum..... sessi untuk mengejar masa meng update semua order sebelum menyambut Ramadhan al mubarak. So, kira upacara pecut lah ni.... tiap2 hari kena masuk blog hehehehe...



100 pcs fruit tart order oleh Shafiqa dari Paka untuk majlis perkahwinannya. Mungkin syafiqa nak buat hantaran. Ai pun tak tanya sebab orang lain yang datang ambil. Terima kasih Syafiqa.....


Cheese leleh round pertama

Cheese leleh round kedua.... sebab ada yang nangis tak dpt yang 1st round tu hehehe...

Red Velvet ekonomi pek RM12 

Yang ni sepupu ai punya.... x cukup bekas kecil tu yang ai buat bekas besar jer.

Semua ni akhir minggu lepas yang punya order..... tapi masih ada permintaan lagi sebelum sambut puasa. Mungkin hari khamis ai buat lagi sikit untuk menunaikan hasrat orang yang mengidam...


Kek Kastad Chiffon untuk Hari Guru Marissa

Assalamualaikum.... lamanya ai bertapa ya... dah sebulan tak update blog ai ni. Macam2 kesibukan melanda dan juga kesibukan kemalasan yang amat.....hahahaha...

Kek kastad Chiffon ni anak sedara ai yang punya untuk di bawa ke tadikanya sempena sambutan hari guru yang lepas. Last minute order.... sib baik semua bahan dah ada. Rezeki lah tu kan....


Deko sikit2 kasi nampak cantik n colourful dengan fresh cream


Tu dia kek Marissa untuk cikgunya.... terpaksa letak dalam pinggan jer sebab tak de stok papan dan kotak..... last minute kan..... Lepas tu cikgunya lak order gara2 tak cukup kek yang marissa bawak nih. 10" terus cikgu marissa order untuk makan ngan member2 cgu.... mekasih cgu.


Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...