Monday 31 March 2014

Coklat Hantaran dan Pulut Kuning

Assalamualaikum..... waaa.... hari ni memang rajin tahap ntah apa2 lah agaknya sampai 2 entry boleh buat. Biasanya bukan main malas nak edit2 gambo bagai untuk masuk blog ni tapi hari ni lain sikit hangin ai.... mungkin nak masuk bulan baru kot hik..hik..hik...


Coklat hantaran untuk adik ipar ai yang melangsungkan pernikahannya cuti sekolah lepas. Sebenarnya plan ai nak buat lolipop basket tapi memandangkan musim sekarang yang panas melampau... takut laks lolipop ai tu nanti mencair dan tak nampak rupa lolipop lagi.... ntah2 macam batu seketul dak?


Paling selamat buat jer macam ni... kalau mencair pun tak yah bimbang tapi coklat ni kalau betul2 jemur tengah panas barulah lembik tapi tak cair. Bila nampak berkilat or berminyak tu besanya coklat tu lembik... tapi jangan sentuh dulu masuk kan dalam peti ais kejap biar dia mengeras baru lah boleh ngap....


Inilah antara hantaran yang siap di gubah ole adik ipar ai..... termasuk lah pulut kuning tu.Sape2 yang rasa berkenan tu boleh usha2 tanya. Adik ipar ai duk Kelantan nun....

Pandangan hadapan - 2 ekor burung yg comei....

Pandangan belakang..... bunga yg mekar berkembang...hehehe

Yang ni laks Dayang Senandung untuk bawak Pitis hantaran.... sorry gambar pulut n DS ni blur sikit maklumlah malam2 buta u...

Red Velvet Birthday lagi....

Assalamualaikum..... berjumpa lagi kita. Red Velvet untuk Office Girl Birthday.... RV ni di tempah oleh Yati untuk sambutan hari jadi kawan satu office dia. Yati cakap buat jer bila ai ada free time hehehee.... baik punya customer kan? susah nak cari customer macam ni.... sebab dia pun tahu ai sibuk buat persiapan untuk majlis kahwin adik ipar ai.


Sebenarnya kek ni adalah kek favourite dia heheehe..... memang hantu RV dia dan anak2 dia ni. Pantang jer ai buat RV versi ekonomi mesti dia sapu dulu....


Ruffles - try test buat ruffles tepi kek ni.... bolehlah...kan?

Pandangan dari atas.... simple deko ajer RV ni... itu pun dah kira semak sebab stoberi ...


Sunday 30 March 2014

Gerai Sempena Sukan Tahunan Miss 7

Assalamualaikum..... lama berehat sempena cuti sekolah (walaupun tak rehat mana..) maklumlah cuti sekolah banyak majlis kahwin tapi kali ni ai balik Kota Bahru untuk Majlis Kahwin adik ipar ai. Sibuk lah sikit prepared untuk "Candy Buffet"....opss.. tapi hari ni kita nak cakap pasal gerai sempena sukan tahunan anak ai Miss 7 nih.... terlebih sudah...hehehee

 
 Selamat datang ke Gerai Ummisarahkitchen..... ini adik ai yang buat ni..

Kita tengok apa yang ada kat gerai USK ni ya.... sorry sebab ai tak war2 kan dulu kat pages Dapur Ummi Sarah so ramai yang tak sempat datang sebab waktu sukan dah tamat.... tak per lain kali kalu ada gerai USK kat mana2 ai inform awal2 ya...

Roti Sosej - Kosong dan juga sos + mayonis

Coklat Chip Cookies

Coklat Moist Cake

 Blueberry Cheese Tart & Fruit Tart.... tapi yg ai jual ai pek siap2 (lupa nk snap gambonya)

 Talam Keladi dan Talam Suji Pandan

 Muffin Coklat Pisang... 100 pcs untuk adik ipar ai dan selebihnya untuk dijual...


Itulah dia penjual nya.... Miss 18 & Miss 7..... lepas main sukan datang lepak kat gerai sambil2 minum air dan makan kuih...  Selamat Berjualan...


Monday 17 March 2014

Egg Tart & Talam

Assalamualaikum..... bersiaran lagi kita ari ni. Di harap semua gembira dan ceria hendaknya..... Talam lagi hari ni... nak buat macam mana ya memang dah glemer Talam kat USK ni. Lagipun Talam ni sesuai di makan pada bila2 masa aja. Kuih sepanjang zaman lah katakan hehehe....


Talam Keladi untuk Cikgu Linda. Order khas untuk majlis sambut menantu (adik cgu linda)



Talam Keladi, Talam Chendol dan Talam Jagung tempahan dari Kak Ma. Memang regular customer ai ni. Tiap2 minggu K Ma order Talam. Mekasih ya K Ma.


Kak Ma Repeat Order Talam Keladi untuk makan2 dan sambut tetamu yang datang..... yang bekas kecik tu untuk ai punya gerai (nanti kita cerita ya).
 

Tart Telur ni order dari kawan adik ai (sorry lupa dah namanya) mengajar kat sekolah Miss 7 anak ai tu. Terpaksa letak dalam bekas kecil2 macam tu sebab tak ada stok kotak besar untuk tart. Mekasih Mualimah ya....

Sunday 16 March 2014

RV ~ Order Dari Jauh

Assalamualaikum.... apa kabo semua yg singgah sini. Lama dah tak update blog ai ni. Macam2 kisah sekarang kan..... kemarau.... kehilangan MH370.... bomoh etc...etc.... hiks..hiks...hiks... apa pun kehidupan harus di teruskan.... sama2 lah kita berdoa untuk semua yg berada didalam MH370. Di harap keputusan yg menggembirakan semua pihak akan diperolehi....amin.

Ok... back to kita punya order laks.... kali ni order dari Melaka untuk santapan keluarganya di sana. Kebetulan adik nya ingin ke Melaka so kakaknya pun order siap2 and suruh adik dia datang ambil ngan ai. Moga berpuashati dengan air tangan ai ya...


Red Velvet ekonomi size dan Kek Kastad chiffon. Kek Pisang tu tumpang interprem ckit hehehe..... kebetulan ai buat kek pisang so bagi lah kat dia sebekas. 

Red Velvet ~ Ekonomi size

Kek Kastad Chiffon

Cream cheese frosting.... so yummies
 

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...