Sunday 23 June 2013

Coklat Moist Kek Hantaran Kahwin

Assalamualaikum.... salam pagi ahad dan selamat bertugas pada yg bekerja pada hari ahad macam ai ni hehehe..... Apa pun yang anda lakukan moga sentiasa memberi kegembiraan dan keceriaan pada anda semua. Hidangan mata untuk kali ni... Kek Hantaran Kahwin iaitu coklat moist cake dengan buttercream filling and frosting.


Tuan punya sama ngan kek fondant 3 tingkat yg ai masukkan pada entry yg lepas. Coklat moist kek 9" untuk hantaran so ai buat buttercream jer... selamat sikit duk tengah2 panas pun tak per.


Deko pun sendiri buat sebab tuan nya tak kisah macam mana nak deko... janji ada kek dan selamat di bawa. 1st time jugak ai cuba deko macam ni. So far.. ok lah kan? hahaha....

Monday 17 June 2013

3 Tier Fondant Wedding Cake ~ Turquoise Theme

Assalamualaikum.......


1st time dapat order buat fondant 3 tingkat untuk majlis potong kek sempena perkahwinan Ieyda dan Remy tempoh hari. Kiranya mega projek jugalah untuk ai yang baru setahun jagung dalam bisnes ni. Terima kasih pada mak dan ayah Ieyda yang memberi sepenuh kepercayaan pada ai. Kita tengok gambar2 nya ya.

Tingkat bawah sekali. Ukuran 13"

Tingkat 2 (tengah). Ukuran 9"

Tingkat atas ukuran 6".

Nampak macam kecik ya tapi bila dah salut fondant tu boleh tahan jgak lah. Tak der lah kecik sangat. Just Nice.

Pandangan dari atas untuk 3 tingkat.

Ai letak kan love2 n bunga2 gitu tak de lah nampak mcm kosong or sarat sangat kan?


Gambar ni kat rumah pengantin. Siap susun bersama cupcakes tapi bila time potong nanti baru lah ngadap pelamin so ignore jer dinding kat belakang tuh hehehe....

Free Cupcakes.....

Kek : Coklat Moist with blueberry filling
Ukuran : 13", 9" & 6"
Free : 30 pcs Cupcakes & pisau potong kek (panjang)
Harga : RM500.00





Saturday 15 June 2013

RBW Repeat Order from Aishah ~ IKBN Kemasik

Assalamualaikum....Salam pagi sabtu... harap semua sihat walafiat dan gumbira bersama keluarga sempena cuti hujung minggu ni. Apa kata kita cuci2 mata laks ngan Russian Black & White tempahan dari Aishah lagi.


Kali ni untuk anak tersayang yang menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 2... Raziq Haikal. Cuci2 mata dulu ya....





Menurut kata Aishah... anak nya nak kek bola jugak tak nak kek lain janji ada bola... so ai pun bagi lah kat dia satu team bola ni.... boleh lah nanti Raziq main ngan dia orang ya....hehehehe. Selamat Hari Ulangtahun yg kedua untuk Raziq moga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat. Amin....


Wednesday 12 June 2013

3 Stack Red Velvet Wedding Cake

Assalamualaikum..... mencabar sikit tempahan pada kali ni. 3 stack Red Velvet Wedding cake. Pada mulanya cuak juga bila nampak sample yg Iera bagi... nampak macam renyah sangat.... tapi ai ambil juga as cabaran untuk diri ai sendiri. Yang best nya Iera cakap buat jer lah ikut akak punya style. Tapi ai try juga buat ikut design yg iera bg cuma kaler2 tu tak ikut 100% lah....

 

Memang mencabar lah juga....naik buntang mata ai nak siapkan dot...dot... tuh hehehe.... pukul 4 pagi baru siap. Maklumlah cream cheese ni bukan boleh nak deko siang buta... kalau dalam air cond tak per lah....


Last minute letak bunga sebab pada mulanya tuan dia nak letak patung pengantin tapi tak jadi so... dari kosong mcm tu jer baik ai letak bunga2 gitu and 2 ekor rerama...


Semua nya kek Red Velvet and Filling & frosting cream cheese. Tak boleh duk luar lama2 nanti cream lembik dan mencair..... Terima kasih pada Iera yg bagi kepercayaan dan peluang untuk ai menyediakan kek sempena hari bahgia Iera n Kakaknya..... harap puashati dengan hasil tangan ai....TQ

Pandangan dari atas.....

Kek : Red Velvet
Filling & frosting : Cream Cheese
Tgkt Bawah - 11", tengah 8" & atas 6"
harga : RM350.00 + pisau potong kek (Panjang)

Tuesday 11 June 2013

Russian Black & White ~ IKBN Kemasik

Assalamualaikum.... dan salam bahgia untuk semua. Russian Black & White tempahan dari Aishah untuk IKBN Kemasik. 1st time Aishah order ngan ai and harapan ai agar menepati citarasa Aishah dan semua yang merasa kek ai ni. Kalau ada apa2 komen leh bagitau ai ya Aishah....




Tak Ada idea nak deko kek RBW ni. biasanya continental kek ni simple deko jer tak boleh nak semak2 nanti hilang dia punya sentimental value hehehe.... tapi ai punya deko kalu tak penuh atas kek tu rasa macam tak puas hati jer....tak kisah lah kan janji semua boleh ngap...


Thanks to Aishah yang menempah dan Good Luck uols yg menempuh Final Exam tu.... jawap baik2 ya. Mungkin lepas makan kek ni idea uolls datang mencurah2 untuk jawap exam nanti hehehehe.....

Jenis Kek = Russian Black & White
Filling & Topping = Cream cheese + Coklat ganache
Ukuran = 9" bulat (1 resepi) 3++ kg
Harga = RM90.00 (Simple deko)

Monday 10 June 2013

Snowy Peach for Wedding Anniversary

Assalamualaikum.........


Snowy Peach untuk Celebrate Anniversary and Birthday. Tempahan dari sepupu ai yang tinggal kat Selangor sana. Kebetulan balik kampung dan buat geder2 untuk sanak saudara kat sini. Tapi sorry ai tak dapat pergi kerna tuntutan kerja (deko kek lah hehehe...) yang belum siap untuk tempahan esok pagi nya.

Dengan Fresh Korean Strawberry and Blueberry.....


 with custard cream filling & topping
1 1/2 resepi = RM120.00 (with strawberry + blueberry)

Lagi Tempahan untuk Candy Buffet

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera semua..... sibuk sikit minggu ni dengan tempahan majlis nikah kahwin dan juga birthday.... maklumlah cuti sekolah kan. Mak bapak pun excited jugak nak buat majlis semasa cuti ni.... semua anak2 balik dari jauh dan dekat. Meriah gitu....

Apam Polkadot Black & White Theme



Kek Gula Hangus
 
Blueberry cheese Tart
Red Velvet Cupcakes

Tu semua tempahan untuk candy buffet yang dikendalikan oleh adik ai. Kalau nak details pasal candy buffet ni boleh tengok blog dia kat Sini . 

Yang bawah ni edisi mencelah.... Talam Suji ai buat untuk makan2. Lama dah beli tepung suji tapi kali ni baru dapat buat.... untuk tempahan leh tengok jenis Talam yg ada kat blog ai ni.



Monday 3 June 2013

Resepi : Makaroni Bakar


Assalamualaikum..... dah lama tak berkongsi resepi ya tak? bukan apa malas nak menaip panjang2 tapi hari ni terlebih rajin so jom kita tengok resepi Makaroni Bakar.

1st time buat makaroni bakar nih.... dan alhamdullilah mendapat sambutan jugak nampaknya. Sebut jer cheese sape tak suka kan! memang marbeles resepi ni. tak rugi mencubanya. Credit pada tuan punya resepi.

Makaroni yg telah dicampur ngan sos daging dan sebelah kanan sos cheese

MAKARONI BAKAR
Resepi : Diana  Olahan : Iza Akma SSK
Posted : Ummisarahkitchen

Bahan A
250gm Makaroni
Cheese Mozarella untuk Taburan

Bahan B ~ Sos Daging
4 Kpg daging burger – dipotong dadu (Ummi guna daging kisar 500gm)
½ tin cendawan butang (Ummi guna 1 tin)
250gm sos spaghetti prego
250gm air
1 labu bawang besar Holland – dipotong dadu
2 ulas bawang putih – dicincang
1 biji capsicum hijau – dipotong dadu (Ummi tak letak)
2 sudu besar minyak masak
2-3 helai daun bay (Ummi tak letak)
Sedikit oregano dan mixed spices (Ummi tambah mixed spices)
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur (dipukul sedikit) - Ummi Tambah

Bahan C ~ Sos Cheese
125gm Cheese Cheddar (Ummi guna cheese slices)
300gm susu segar
150gm air
1 ½ sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
2 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar

Cara :

1.  Panaskan air, sedikit minyak dan garam hingga mendidih. Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.       Angkat dan toskan

2. Sediakan Sos daging ~ Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan sos prego, air dan daun bay. Sukatan untuk air dan sos hendaklah sama. Kalau 1 cawan air sosnya pun 1 cawan. Kacau sebati. Masukkan daging dan masak hingga pekat. Masukkan cendawan, capsicum, garam, oregano dan masak lagi hingga pekat. Padamkan api masukkan macaroni dan gaul rata. Masukkan telur yg dipukul sedikit. Kacau sebati.

3.  Sediakan Sos cheese ~ Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga tepung tidak bergentel. Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api masukkan susu segar dan air. Masak hingga pekat dan berkilat. Masukkan lada hitam kacau dan angkat.

4.  Macaroni yg telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam caserol dan lapiskan dengan sos cheese. Kalau guna Loyang lenserkan dengan sedikit butter. Mulakan dengan macaroni di ikuti dengan sos cheese. Ulang sehingga menjadi beberapa lapisan dan pastikan atas sekali ialah sos cheese.

5.  Tabur keju mozzarella menutupi permukaan sos cheese. Bakar dengan suhu 180C selama 45 minit sehingga Nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya perang.

6.   Hidang ngan sos cili. 

Sebelum dan Selepas 

Ready to ngap....yummie. 

Cubalah resepi Makaroni bakar ni memang sesuai untuk minum petang dan juga geder2 with friend and family..... Selamat Mencuba.


Saturday 1 June 2013

Red Velvet Rainbow

Assalamualaikum......pelik jer bunyi nama kek ai kali ni kan? bukan apa.... sebenarnya tuan yang order ni nak rainbow kek tapi ai belum ambil order lagi untuk rainbow so.... deko jelah kaler2 rainbow kan.... janji ada versi2 rainbow hehehe.....


Red Velvet ni tempahan dari Cikgu Yus untuk anakanda yang dikasihinya. Yus berkenan ngan deko yang pernah ai buat untuk sepupu ai dulu. Kaler rainbow... meriah sikit katanya.


Bezanya sepupu ai punya tu ada edible boboiboy tapi yang ni untuk gadis remaja so kena buat ala2 remaja gitu....hehehe. Ai letakkan sekor siput yang bulu mata melentik nih...sweet kan?

Dengan 2 kuntum bunga dan seekor rerama.....

Red Velvet 9" = RM85.00


Bersama Kek Kastad Chiffon untuk adik ipar ai. Jue tempah 2 biji untuk di bawa balik ke Klang sempena pertunangan adiknya. Terima kasih banyak2 pada yang masih sudi order ngan USK. Thanks for your support ok.

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...