Saturday 26 May 2012

KASWI GANDUM


Assalamualaikum..... dan selamat sejahtera semua. Semalam minum petang dengan Kaswi Gandum ni dan minum dengan Teh O suam..... waahhh nyaman nyer rasa..... Kaswi ni memang marbeles rasanya, tak lembik dan tak keras macam yg biasa buat ngan tepung beras tu. Ai tak berapa pandai buat yang guna tepung beras tu... selalu jer terkeras jadi kuih lain laks dan tidak menepati citarasa ai. Tapi resepi kali ni memang betul2 menepati anak tekak ai dan habis seloyang petang semalam.....


Resepi Kaswi Gandum ni dari Hanieliza's Cooking dan ramai blogger2 masakan dah mencubanya. Memang ramai yang meminati resepi Kak Liza ni. Nampaknya Kak Liza ni sekg juga ngan ai. Ai pernah juga terserempak ngan Kak Liza ni kat pasar tani tapi segan nak tegur.... malulah....Kak Liza pun tak kenal ai... so, apa kata kita tengok resepi Kaswi Gandum ni.... mintak share kat sini ya Kak Liza.

KASWI GANDUM
Resepi asal : Hanieliza's Cooking
Posted : UmmiSarahKitchen.blogspot.com

Bahan Sirap [masak dan sejukkan]
5 cawan air 
1 cawan gula merah 
1 cawan gula pasir 
2 helai daun pandan (ummi letak)

Bahan Kueh
2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung ubi/jagung 
1 sudu kecil air kapur kueh [optional] - Ummi x letak
Kelapa parut (muda/putih saja) 
Sedikit garam 

Cara: 
1. Panaskan kukusan. 
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang] 
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang. 
4. Masakkan sehingga masak [30 minit] 
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik. 
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam. 
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

 

Memang tak rugi mencuba resepi Kak Liza ni. Di jamin puas hati dan bahan serta caranya pun mudah sesangat..... Ai buat satu adunan dapatlah hasil seperti di atas tu. Ai guna loyang 10 x 10 sedang molek jer dengan ketebalan nya. Lain kali boleh buat lagi......sedaaappp....



Friday 25 May 2012

POLKADOT BLUE & WHITE THEME

As Salam...... Polkadot blue n white theme untuk majlis Cukur Jambul. 1st time Nurul order ngan ai.... pusing2 cari rumah ai... akhirnya jumpa jugak.... sebenarnya senang jer nak cari rumah ai tu cuma keliru pasal jalan je sikit ya tak Nurul? hehehe.... Sebenarnya Nurul pun satu kampung ngan ai juga tapi kami tak kenal satu sama lain sebelum ni.... sekarang dah kenal so nanti bolehlah order lagi.....


Apam ni Nurul order sabtu lepas untuk majlis cukur jambul anak sedaranya. Nurul kata tema kaler biru so dia mintak lah biru dan putih. Mesti anak sedara lelaki kan..... lupa lak ai nak tanya Nurul. Tahniah dapat anak sedara baru ..... .

Apam Polkadot with Filling 100 pcs - RM28.00

Apam ladybird 150 pcs - RM40/100 pcs

Yang ni lak apam ladybird order dari Cikgu Yusma.... nak bawak ke majlis cukur jambul jugak rasanya (lupa lak ai). Cikgu Yus datang ambil pukul 10 pagi tadi..... Terima kasih atas order kalian berdua....

Tuesday 22 May 2012

COKLAT LAGI??

As-Salam.... memang coklat lagi..... uolls tatap jer lah ya... pada yg sudi kalau tak sudi ai tak paksa pun.... hiks...hiks... Kali ni coklat untuk Miss 16 sempena hari guru tempoh hari untuk di beri pada semua guru yang mengajar nya. Teruk jugak ai ya kalau macam ni.... sib baik hari guru setahun sekali.... kalau sebulan sekali... boleh rebah ai nak menyiapkan semua permintaan nya hehehe.....

 a lots of chocolate....

 3 pcs / box - Oreo

 2 pcs / box - Oreo

 1 pc / box - Oreo

 9 pcs / box - Praline

24 pcs / box - praline 

Tu dia.... coklat2 nya yang siap di ikat dan di letak riben. Untuk mengetahui tentang harga sila rujuk label sebelah kanan tu ya. Sebenarnya coklat oreo 1 pc and praline 24 pcs tu adalah extra untuk dia. Bukan Miss 16 lah ya kalu tak ada extra untuk dia kunyah2. Kalau nak buat geder2 kat sekolah or hostel dia mesti ada extra untuk dia jugak kalau tak bising lah dia nanti... Haihs...


Monday 21 May 2012

HARGA COKLAT

Coklat Box @ Gift Set




29 pcs Coklat praline + Coklat Box Size S + Riben = RM50.00








35 pcs coklat praline + nama + Riben = RM45.00







1. Coklat Box sahaja = RM10.00 / Box
2. Coklat Box with 3 Pcs Praline (dalam Box) = RM15.00 / Box

Min Order - No. 1 = 3 Box
                    No. 2 = 2 box




25 pcs/Box  = RM30.00

18 pcs / Box = RM22.00






15 pcs / Box = RM18.00
Min. order - 2 Box

12 pcs / Box = RM15.00
Min. Order - 2 box



9 pcs / Box = RM12.00
Min Order - 2 Box

4 pcs / Box = RM5.00
Min Order - 6 box

3 pcs / Box = RM3.90
Min Order - 10 box

2 pcs / Box = RM2.80
Min Order - 10 box

Coklat Oreo / Cream O

1 pc / box = RM1.70

Edible = RM2.00 / Pc
Personal Edible = RM2.50 / pc



2 pcs / box = RM4.50

Edible = RM5.00 / Box
Per. Edible = 6.00 / box



3 pcs / box = RM6.50
Edible = RM7.50 / box
Per. Edible = 8.00 / box

 



Lollichoc = RM1.00 - RM2.00/Pc
Min Order = 20 - 30 pcs



Loose Pack = RM0.80 / pc
Filling - Almond






Untuk lain2 design akan di update dari semasa ke semasa. Harga juga mungkin akan berubah mengikut pasaran semasa bahan mentah atau jenis dan bentuk kotak. Kotak boleh request samada jenis hard cover, kertas biasa atau container.

Sunday 20 May 2012

KEK HARI GURU

Assalamualaikum...... belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru diseluruh Malaysia... moga kalian tabah mengharungi segala cubaan mendatang. Bukan korang tak tahu kan... macam2 masalah budak2 sekarang. Kami menghargai jasa Guru2 sekalian mendidik dan memberi tunjuk ajar pada anak2 kami.




Tema kek ni.... Jalan Menuju kejayaan......hahahah (entah apa2 jer kan) saje jer main2 ngan Miss 16. Ini kek untuk anak ai Miss 16 yg sibuk2 call ai suruh buat juga kek untuk hari guru kelas dia. Pada mulanya ai nak letak stoberi tapi entah kenapa lah semua stoberi dah abis (tak ada stok) kat TMC mesra mall ari tuh. Agak2 nya lah mesti habis di borong oleh baker2 untuk memenuhi tempahan masing2 kan.

So, jadi lah kek seperti itu.... dikelilingi oleh pagar konkrit dan juga pagar besi ...hahaha... so jangan ada yang cuba2 nak panjat pagar...ponteng kelas ya... nanti jatuh jawab sendiri....

 1 1/2 resepi @ 3.9kg = RM150.00

Coklat Indulgence Cake tapi ai tak curah topping coklat cair tu..... saje bagi kelainan sikit. Ai suka cream nya yg lemak manis kalau curah coklat cair nanti over manis laks. Kanak2 tak elok makan manis2 kan? hehehehe (padahal malas nak sememeh ngan coklat cair tu) apa2 pun yang penting sedaaap n abisss....licin.


Kek Kastad Chiffon ni lak untuk Miss 5 bawak ke tadika. Tak nak mengalah dia ngan kakak dia tu... nak jugak bahagian dia so ai pun buat lah juga untuk dia. Tapi hari guru tu dia ponteng...hehehe.... the next day tu baru dia bawak. Bising kawan2 dia cakap Yaya bawak kek..... Yaya bawak kek... hiks...hiks... bukan apa orang lain punya kuih dah bawak semalam.... siap ada games lagi.


Posing dulu pepagi sebelum masuk kotak. Siap suruh tulis nama cikgu atas kek tapi mana muat nak tulis nama cikgu.... bukan sorang..... ramai tuh. Last2 ai cakap tulis Selamat Hari Guru dah lah.... sib baik idea diterima kalu tak memunjung 14 lah rupa dia.


Yang ni Kek Marble Order dari Pn. Fatimi, cikgu gak ni... order untuk geder2 ngan member2 guru kat Sekolah nya. Mekasih dan ...Selamat Hari Guru.....

Saturday 19 May 2012

KEK LAPIS EVERGREEN "SELAMAT HARI IBU"

As Salam.... semua tahu kan hari ahad lepas bersamaan 13 Mei adalah hari Ibu.... ada yang sambut dan ada juga yang tak menyambutnya.... bagi ai tak salah menghargai bakti Ibu untuk kita kan... lagipun kita rai or bagi hadiah or apa2 pun adalah untuk ibu kita jugak kan bukan untuk ibu orang lain dan sementara ibu masih ada apa salahnya kita meraikannya.... mengembirakan hati Ibu dan membuatkan ibu berasa dirinya dihargai ya tak?

Kek Lapis Evergreen Kukus


1st time buat kek ni... resepi asal dari Dayang Jack yang memang mantop dalam membuat kek2 lapis nih. Semua kek lapis Dayang memang cantik dan meleleh liur nampak.... tak macam ai punya sememeh jer kan? tapi tak per lah kan practice makes perfect kan..kan...hehehe (dah memang tak comel ..ngaku jer lah...) kalau korang nak cuba..try...test... leh tengok resepi kat bawah tu.... Mintak share ya Dayang...

Kek Lapis Evergreen Kukus


resepi: DayangJack@DapurkuSayang

Posted : ummisarahkitchen

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau
  • 10 biji kuning telur A
  • 225g mentega berkualiti tinggi 
  • 1/3 cawan gula halus
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • 1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
  • 1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :
  • 1  1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
  • 225g mentega berkualiti tinggi 
  • 10 biji putih telur A
  • 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
  • 1/2 tin susu pekat manis 

Cara-cara

Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya. 

Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna. 

  • Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus. 
  • Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.

***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

***Untuk kek ni DJ buat 1/2 adunan je dan menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5"



Ok... cuba lah buat pada sape2 yang terlebih rajin tu... kalau malas2 baik tak yah buat nanti tak menjadi korang jugak yang frust menonggeng nanti.... ai punya pun rasa2nya kureng menjadi jgak ..... kaler nya macam bercampur ckit masa mengukus tu padahal bukan main lg ai sukat2 adunan tu bagi sama berat.... frust jgak lah tapi ckit jer... so apa2 pun

"SELAMAT HARI IBU"
...istimewa buat ibuku Munah Binti Sulong.... moga Allah sentiasa memberi kesihatan & kegembiraan sepanjang hayatmu...Amin.

Friday 18 May 2012

TEMPAHAN MAJLIS ILMUAN....

As Salam, isnin lepas ada tempahan dari kawan ai yg duk kat Perumahan Rantau Petronas Kak Za. Kali ni kak  Za tempah Talam Keladi dan Apam Ladybird untuk dibawa ke sekolah anaknya yang mengadakan solat hajat. Bgus sekolah sekarang kan...selalu buat solat hajat sebelum anak2 menduduki peperiksaan. Kebanyakkan sekolah sekarang memang buat macam ni. Moga anak2 kita beroleh kejayaan dan keberkatan dari Nya.

 Apam ladybird 50 Pcs - RM20.00


Talam Keladi 8" x 8" = 49 Pcs

Layan jer lah gambar ai yang tak seberapa tu. Penat dah nak menaip.... dah 3 entri ai publish ari ni... Minggu ni adalah minggu yang sibuk untuk siapkan order2 untuk hari guru dan juga hari ibu.... maklumlah ai ni kan bekerja.... so malam je lah masa ai nak siapkan order2 tu semua. Apa-apa pun di harap semua yang telah menempah tu berpuas hati ngan hasil keja ai ya... kalau ada apa2 yang nak komen boleh jer email or sms ai ya.... 

Harga Kek dan Cupcake


Cupcake - Buttercream simple Deko


Size M

25 pcs = RM65.00
36 pcs = RM90.00
50 pcs = RM120.00

*  Tambahan harga untuk edible image Ready made atau edible image Personal Photo.
     - Mengikut harga pasaran semasa.

*  Tambahan RM10.00 untuk Topping coklat Ganache
* Tambahan RM15 - RM20.00 untuk buah Strawberry (mengikut jenis dan harga semasa)

Cupcake - Buttercream + Fondant

Size M
16 pcs = RM55.00
25 pcs = RM75.00

Cupcake - Wedding / Hantaran Fondant
Large - Solo cup
16 pcs (L) = RM120 - RM150

+ Fondant, lettering & Gumpaste flowers

Plain Cupcake
Papercup (S) = RM1.20/pc
Solocup (S) = RM1.50/pc

Min 0rder - 25 pcs     Individual casing/dome = RM0.30/pc

Cakes
Snowy Peach Custard Cream Cake
RM80.00 / Resepi = 9" Bulat (+- 1.8 Kg)


Pavlova (with Vanilla Milky Cream)
    
Size Mini (2") 16 pcs = RM45.00

Size  (8") - RM65.00/pc 


Chocolate Moist Cake (Filling coklat ganache)
  
RM95.00/resepi = 9" Bulat

* Harga berbeza mengikut jenis deko atau tambahan buah2an, edible image dll.

Russian Black & White
RM100.00 / Resepi = 9" bulat (3++ kg)



Slice Cake
RM35.00 (10 x 10 petak - 36 pcs)
 - Filling Strawberry, Kiwi, Orange, Blueberry, Lemon

  

Fondant Hantaran @ Wedding Cake
RM120.00 - 150.00/resepi = 9" bulat
Harga berbeza mengikut deko 
   

Red Velvet Kek & Cupcake
Cake 9" bulat = RM95.00 / resepi


Cupcake - Size M
16 pcs = RM48.00
25 pcs = RM70.00


  


Kek Gula Hangus @ Sarang Lebah
8" petak @ 9" bulat = RM30.00

  

Kek Kastad Chiffon
8"  = RM40.00
10"  = RM60.00
  
Kek Lapis
RM80.00 - 7" x 7"

   
               Lapis Chocberry                                  Lapis Prune
               Lapis Betawi                                      Lapis Evergreen
               Lapis Masam Manis

Birthday Cake with Buttercream frosting & Simple Deko





Chocolate Moist Kek = RM50.00 / kg
Butter Cake = RM50.00 / kg
Sponge Kek = RM40.00 / kg
Standard size 9" bulat

Tambah RM5.00 untuk "Happy Birthday Lilin", Footbal Player


Semua Harga kek dan cupcake di atas akan berubah mengikut harga bahan mentah semasa. Untuk mengetahui lebih detail berkenaan harga dan berat kek sila email or sms me ok.

Tq.

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...